KANGAR 31 Dis. – Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis menarik semula pemakluman kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung permohonan diadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Chuping, Guar Sanji dan Bintong, yang sebelum ini diisytihar kosong. Speaker DUN Perlis, Rus’sele Eizan, berkata walaupun tidak akan berlaku PRK, ketiga-tiga kerusi berkenaan akan kekal kosong sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. “Keputusan dibuat selepas mengambil kira perkembangan mutakhir termasuk pendirian Pas selaku parti komponen Perikatan Nasional (PN) yang memberi jaminan akan terus komited mengekalkan kelangsungan dan kestabilan kerajaan negeri Perlis,” katanya.…
Read MoreDay: December 31, 2025
Azhan Panglima Tentera Darat
KUALA LUMPUR 31 Dis. – Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Leftenan Jeneral Azhan Md Othman, 57 dilantik sebagai Panglima Tentera Darat ke-31 berkuat kuasa 1 Januari 2026. Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin, berkata pelantikan dibuat selaras keputusan Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera ke-631 pada 19 November lalu dan diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada 1 Disember. “Pelantikan ini diyakini mampu memperkukuh kepimpinan Tentera Darat Malaysia (TDM) serta meningkatkan keupayaan operasi ATM dalam memenuhi tuntutan pertahanan negara pada masa kini dan hadapan,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Azhan, anak…
Read MoreKemuncak JIMBA malam ini
KUALA LUMPUR 31 Dis. – Jelajah Impian dan Mimpi Bersama Andalusia (JIMBA) sampai ke kemuncaknya apabila JIMBA Finale berlangsung malam ini dengan 15 cabutan pakej umrah dan Cabutan Bonanza yang menawarkan sebuah kereta BYD Sealion 7. Mereka yang berdaftar dengan Andalusia pada tahun 2025 masih berpeluang memenangi hadiah-hadiah itu selepas cabutan mingguan dengan pelbagai hadiah ditawarkan mulai Januari lalu. Majlis JIMBA Finale ini akan berlangsung di cawangan-cawangan yang terpilih dengan lokasi utamanya di Darul Muttaqin Home, Ampang Hilir Peserta mesti hadir secara fizikal di cawangan Andalusia berkenaan semasa cabutan dilakukan…
Read MoreBerita pilihan..
Surat terakhir PostNord
BRUSSELS – PostNord, pengendali perkhidmatan pos milik kerajaan Denmark semalam menghantar surat terakhirnya, sekali gus menamatkan tradisi pengedaran surat awam selama 401 tahun di negara itu. Berikutan itu, PostNord akan memberikan tumpuan eksklusif kepada perkhidmatan penghantaran bungkusan, susulan penurunan mendadak dalam jumlah surat akibat pendigitalan dan perubahan tabiat komunikasi. “Kami menamatkan pengedaran surat selepas berabad lamanya, namun membuka lembaran baharu dalam bidang yang paling diperlukan oleh rakyat Denmark hari ini, iaitu e-dagang apabila penghantaran bungkusan kini mengatasi jumlah surat.”kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kim Pedersen. Langkah itu mencerminkan peralihan besar dalam…
Read MoreBangladesh berkabung tiga hari
NEW DELHI – Bangladesh mengumumkan tempoh berkabung negara selama tiga hari bermula Rabu susulan kematian Perdana Menteri wanita pertamanya, Begum Khaleda Zia yang meninggal dunia pada usia 80 tahun pada Selasa. Ketua Penasihat kerajaan interim, Muhammad Yunus yang mengumumkan demikian turut mengimbau kembali sumbangan Khaleda terhadap pembangunan Bangladesh dan menyifatkan, Bangladesh “kehilangan seorang pelindung negara yang hebat.” Solat jenazah Khaleda akan diadakan di hadapan bangunan Parlimen di Dhaka pada Rabu, yang diisytiharkan sebagai cuti umum dan jenazah akan dikebumikan bersebelahan pusara suaminya. Khaleda dikenang sebagai seorang pemimpin yang bangkit menentang…
Read More