SEPANG 9 Dis. – Pelantikan ejen pemungut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah dilaksanakan sejak 2016, dan setakat 9 Disember 2025, sebanyak 10 ejen pemungut telah dilantik di seluruh negara. Ketua Pengarah JPJ, Aedy Fadly Ramli, menegaskan ejen pemungut tidak memiliki sebarang peranan dalam pemungutan melalui saluran rasmi jabatan itu. Sebaliknya beliau dalam satu kenyataan menjelaskan peranan ejen itu hanya membabitkan perkhidmatan JPJ yang ditawarkan dalam saluran tambahan untuk kemudahan pengguna. Beliau menegaskan semua transaksi rasmi dan saluran utama kekal di bawah kawalan jabatan melalui aplikasi MyJPJ, sistem MySikap dan semua…
Read MoreDay: December 9, 2025
MOTAC tarik balik surat sokongan
SEPANG 9 Dis. – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menarik balik surat sokongan dan menyenarai hitam syarikat Srikandi Wawasan Enterprise selama tiga tahun susulan beberapa pelanggaran serius terhadap syarat surat sokongan itu dalam penganjuran program Temasya Kesenian dan Kebudayaan Asia Tenggara. Dalam kenyataannya, MOTAC menjelaskan, surat sokongan itu dikeluarkan bagi membolehkan penaja program layak menerima potongan cukai di bawah perenggan 34(6)(k) Akta Cukai Pendapatan sebagai insentif menyokong penganjuran program seni, budaya atau warisan. Tindakan itu dibuat selepas MOTAC menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden yang tular pada 24 Oktober lalu…
Read MoreSPR bincang PRK Kinabatangan, Lamag
PUTRAJAYA 9 Dis. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada Selasa ini, 16 Disember bagi membincangkan urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, Sabah. Setiausaha SPR, Khairul Shahril Idrus, berkata pihaknya sudah menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Dr Johari Abdul dan Speaker DUN Sabah, Kadzim M Yahya berhubung kekosongan luar jangka bagi kedua-dua kerusi berkenaan, hari ini. “Selaras dengan Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 21 (5) Perlembagaan Negeri Sabah yang memperuntukkan bahawa kekosongan luar jangka…
Read MoreBerita pilihan…
Syria rai setahun kejatuhan al-Assad
DAMSYIK – Penduduk Syria meraikan ulang tahun pertama kejatuhan rejim Bashar al-Assad, menandakan titik perubahan penting dalam sejarah moden negara itu selepas lebih satu dekad konflik berdarah. Sambutan itu memperingati kejayaan kempen kilat selama 11 hari oleh pasukan pembangkang yang menumbangkan pemerintahan al-Assad selama 53 tahun. Sempena sambutan itu, dapat disaksikan kibaran bendera, pertunjukan bunga api, nyanyian patriotik dan tarian rakyat di bandar-bandar utama seperti Damsyik, Aleppo dan Homs. Presiden Syria, Ahmed al-Sharaa, bekas pemimpin gerakan pembangkang, memulakan hari bersejarah itu dengan menunaikan solat Subuh di Masjid Umayyad di Damsyik…
Read MoreTrump umum pakej AS$12b bantu petani
WASHINGTON – Presiden Donald Trump, mengumumkan pakej bantuan bernilai AS$12 bilion bagi membantu petani yang terjejas akibat dasar tarif perdagangan yang dikenakan oleh pentadbirannya terhadap beberapa negara, termasuk China dan Kesatuan Eropah. Langkah ini diumumkan ketika kebimbangan semakin meningkat dalam kalangan komuniti pertanian Amerika Syarikat (AS), yang menjadi antara sektor paling terkesan akibat perang dagang berpanjangan Harga komoditi utama seperti soya, jagung dan kapas telah merosot, manakala eksport ke pasaran luar negara mengalami penyusutan ketara. Wall Street Journal melaporkan pentadbiran Trump sedang mempertimbangkan untuk menggunakan hasil kutipan tarif sebagai sumber…
Read More