KUALA LUMPUR 24 Nov. – Berbaki enam bulan lagi, Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) bertekad untuk mencapai sasaran 80,000 jemaah umrah sepanjang musim 1447 Hijrah yang setakat ini merekodkan 51,000 jemaah berdaftar. Pengarah merangkap Penasihat Undang-Undang Andalusia, Ida Riswana Idris berkata, sasaran awal 50,000 jemaah yang ditetapkan syarikat dapat dicapai lebih awal daripada kebiasaan dan yakin mampu mencapai matlamat 80,000 jemaah. Katanya, sasaran sebenar syarikat adalah untuk mencapai 80,000 jemaah, satu matlamat yang diletakkan sejak tiga tahun pasca-Covid-19. “Berdasarkan keyakinan ramai terhadap syarikat, dipacu sistem pengurusan serta pemasaran…
Read MoreDay: November 24, 2025
Berita pilihan…
Risiko cas peranti di port awam
ABU DHABI – Mengecas peranti di port mengecas awam berisiko mendedahkan data peribadi pengguna kepada penggodam, berikutan sesetengah port mungkin mengandungi perisian hasad atau sistem tersembunyi yang membolehkan serangan “juice jacking”. Majlis Keselamatan Siber Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang mendedahkan demikian berkata sebanyak 79 peratus pengembara yang menggunakan port mengecas awam dipercayai berdepan potensi pencerobohan data itu. Serangan itu mengeksploitasi protokol pemindahan media atau imej yang diaktifkan secara automatik apabila peranti disambungkan. Majlis itu berkata pengabaian langkah asas keselamatan siber boleh mengakibatkan data dan kata laluan dicuri, atau membenarkan perisian…
Read MoreKomander tertinggi Hezbollah terbunuh
BEIRUT – Seorang komander tertinggi Hezbollah, Haytham Ali Tabatabai, terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas ibu negara Lubnan, Beirut, pada Ahad, menandakan serangan pertama ke bandar itu dalam beberapa bulan. Ketua staf sayap bersenjata Hezbollah itu, terbunuh bersama sekurang-kurangnya empat individu lain apabila sebuah pangsapuri di kawasan Dahiyeh, kubu kuat Hezbollah di selatan Beirut, dibedil oleh tentera Israel. Dalam satu kenyataan, Hezbollah mengesahkan kematian “komander agung” itu dan menyifatkan serangan tersebut sebagai “pengkhianatan” yang membuka ruang kepada peningkatan serangan di seluruh Lubnan. Anak kepada ibu warga Lubnan dan bapa…
Read More