RIYADH – Taman Tema Six Flags pertama di negara ini akan dibuka hujung tahun ini, yang bakal mempercepatkan usaha menjadikan Qiddiya City sebagai hab utama hiburan, sukan dan budaya di rantau ini.
Taman tema – yang pertama di luar Amerika Utara – merupakan sebahagian daripada pembangunan utama Qiddiya Investment Co. di pinggir Riyadh,terletak
di pergunungan Tuwaiq, kira-kira 40 minit dari ibu kota, Qiddiya City.
Menurut agensi media Saudi, ia dibangunkan sebagai destinasi bersepadu berasaskan konsep “Power of Play”,
Qiddiya menjadi tunjang transformasi Arab Saudi di bawah visi Vision 2030, dengan sasaran menarik sehingga 150 juta pelawat setahun menjelang 2030, seiring usaha negara itu mengurangkan kebergantungan kepada minyak.
Presiden Six Flags Qiddiya City, Brian Machamer, berkata, pembukaan Six Flags Qiddiya City bukan sahaja menandakan permulaan kepada taman tema ini, tetapi juga mencerminkan aspirasi Qiddiya City untuk menawarkan pengalaman luar biasa dan menetapkan penanda aras baharu dalam industri hiburan global.
Taman tema ini akan menampilkan 28 permainan, termasuk beberapa yang mencatat rekod dunia seperti Falcons Flight, roller coaster tertinggi, terpantas dan terpanjang di dunia; Iron Rattler, coaster condong tertinggi serta Spitfire, coaster terbalik tertinggi di dunia.
Selain itu, terdapat 18 permainan mesra keluarga, restoran antarabangsa dan kedai yang menjual barangan eksklusif Six Flags.
Qiddiya City dijangka menempatkan ratusan tarikan lain, termasuk kawasan kediaman, runcit, pejabat, hospitaliti, kesihatan dan pendidikan dalam satu pembangunan berskala besar.
Projek ini adalah sebahagian daripada strategi Arab Saudi untuk memperluas sektor pelancongan dan mempelbagaikan ekonomi.
Taman tema akan dibuka setiap hari bermula pukul 4 petang, dengan perkhidmatan bas ulang-alik percuma dari kawasan parkir khas dan Stesen Metro Jeddah bermula pukuk 3 petang.
Harga tiket bermula SR325 (RM358) untuk dewasa dan SR275 (RM303) untuk kanak-kanak, bayi bawah empat tahun masuk percuma manakala tiket diskaun OKU, warga emas dan pengiring dijual di kaunter taman tema bermula SR75 (RM82).
Nnnn
