SHAH ALAM 16 Nov. – Mesyuarat Perwakilan Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) ke-79 MIC sebulat suara bersetuju meluluskan usul untuk keluar daripada Barisan Nasional (BN) dan menyertai Perikatan Nasional (PN). Bagaimanapun, perwakilan bersetuju keputusan muktamad berhubung perkara itu ditangguhkan sehingga Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) akan datang, bagi memberi ruang kepada kepemimpinan tertinggi parti membuat pertimbangan menyeluruh. Presiden MIC, SA Vigneswaran pada sidang media bagaimanapun menegaskan CWC akan memutuskan sama ada MIC akan memilih PN atau mana-mana gabungan lain termasuk Pakatan Harapan (PH). Menurut Vigneswaran, dua usul dikemukakan pada AGM hari…
Read MoreDay: November 16, 2025
Warga emas cecah 14 % menjelang 2048
KOTA BHARU 16 Nov. – Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan 2025-2045 yang menggunakan pendekatan sepanjang hayat akan mempersiapkan Malaysia menghadapi impak ‘negara tua’, apabila golongan warga emas dijangka mencecah kira-kira 14 peratus daripada populasi Malaysia menjelang 2048. Pengarah Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Mohd Shahrim Hussin. berkata, rangka tindakan itu menekankan enam bidang utama iaitu ekonomi, pekerjaan, pendidikan, perlindungan sosial, kesihatan dan penjagaan jangka panjang. “Ia menjadi panduan JPA dalam usaha menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan kepada pesara,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah MyPesara 2025 sempena Karnival MyPesara, di…
Read MoreBerita pilihan….
Warga emas dijangkiti selesema burung
WASHINGTON – Seorang individu, lelaki warga emaa di Amerika Syarikat (AS) dijangkiti subjenis selesema burung H5N5, kali pertama strain tersebut dikesan pada manusia. Menurut pihak berkuasa kesihatan di Negeri Washington, virus itu dikesan melalui ujian yang dijalankan terhadap seorang lelaki dari wilayah Grays Harbour selepas beliau dimasukkan ke hospital dengan gejala selesema pada awal bulan ini. Virus itu dikesan melalui ujian yang dijalankan terhadap seorang lelaki dari wilayah Grays Harbour selepas beliau dimasukkan ke hospital dengan gejala selesema pada awal bulan ini, menurut Jabatan Kesihatan negeri berkenaan. Namun, pihak berkuasa…
Read MoreTrump mahu saman BBC
WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, akan mengambil tindakan undang-undang terhadap BBC susulan suntingan ucapan beliau dalam dokumentari Panorama yang disiarkan pada Oktober 2024. Walaupun BBC telah memohon maaf secara terbuka, ia menolak tuntutan pampasan kewangan yang diminta oleh Trump. “Kami akan saman mereka antara AS$1 bilion hingga AS$5 bilion, mungkin minggu depan,” katanya kepada wartawan di atas pesawat Air Force One pada Jumaat. Beliau mendakwa suntingan tersebut telah “mengubah kata-kata dari mulut saya” dan memberi gambaran seolah-olah beliau menyeru tindakan ganas pada 6 Januari 2021. Trump menyifatkan…
Read More