Larangan masuk Sabah ikut prosedur

KOTA KINABALU  24 Okt. – Jabatan Imigresen Sabah menegaskan tindakan tidak membenarkan ahli perniagaan kontroversi, Albert Tei, memasuki negeri itu semalam (Khamis) adalah berlandaskan prosedur yang sah dan mengikut undang-undang. Pengarahnya, SH Sitti Saleha Habib Yussof, berkata, hasil siasatan mendapati semasa pemeriksaan di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK), nama sebenar Albert Tei, iaitu Tei Jiann Cheing, disenaraikan dalam rekod Notis Arahan Sekatan (NAS) yang masih aktif. “Semasa ditemu bual, Albert Tei memaklumkan tujuan kedatangannya adalah untuk bertemu rakan, namun beliau tidak mengemukakan sebarang bukti atau dokumen sokongan…

Read More

52 kes hiwalah didaftar, 26 kes selesai

PUTRAJAYA 24 Okt. – Setakat September lalu, sebanyak 152 kes hiwalah didaftarkan di Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), bagi membantu isteri atau bekas isteri dan anak-anak yang teraniaya akibat kegagalan pemberian nafkah. Daripada jumlah itu, sebanyak 26 kes diselesaikan melalui pembekuan akaun bank milik penghutang penghakiman dengan nilai keseluruhan simpanan yang dipindah kepada pemiutang penghakiman daripada akaun tersebut sebanyak RM79,820. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, nilai keseluruhan simpanan yang dipindahkan kepada pemiutang penghakiman daripada akaun tersebut adalah sebanyak…

Read More

31 syarikat dilantik PJH musim 1447H/2026M

KUALA LUMPUR 24 Okt. – Sebanyak 31 syarikat pelancongan diberikan lesen rasmi oleh Tabung Haji (TH) sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) untuk menawarkan Pakej Haji bagi musim 1447H/2026M. Ketua Jabatan Haji TH, Mohd Hisham Harun, berkata Jawatankuasa Urusan Haji menilai 60 permohonan lesen sebelum memilih 31 syarikat berdasarkan semakan menyeluruh meliputi keupayaan kewangan, pematuhan undang-undang, rekod pengurusan jemaah serta prestasi operasi terdahulu. “Pelantikan ini mencerminkan komitmen berterusan TH dalam memastikan PJH beroperasi mengikut piawaian, garis panduan dan syarat yang ditetapkan, selaras dengan tanggungjawab TH sebagai peneraju urusan haji negara,” katanya…

Read More

Tiada arahan tutup pondok tidak berdaftar

PUTRAJAYA 24 Okt. – Kerajaan Persekutuan tidak pernah bercadang mengeluarkan arahan penutupan pondok-pondok tidak berdaftar di Kelantan dan Kedah seperti tular di media sosial, tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),  Dr. Mohd Na’im Mokhtar. Beliau menyifatkan dakwaan tidak benar itu berniat jahat dan bersifat fitnah tanpa menyatakan sebarang sumber yang sahih atau rasmi. “Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang tular di media sosial kononnya Kerajaan Persekutuan atau Jabatan di bawah saya akan mengarah penutupan pondok-pondok tidak berdaftar di Kelantan dan Kedah. Dakwaan tersebut adalah tidak benar, berniat jahat…

Read More

Pertemuan Hamas, Fatah di Mesir

KAHERAH – Delegasi daripada Hamas dan parti saingannya, Fatah, mengadakan pertemuan di Mesir bagi membincangkan urusan pentadbiran dan susunan politik pasca perang di Semenanjung Gaza. Media tempatan yang dikaitkan dengan kerajaan Mesir, melalui saluran Al-Qahera News, memetik sumber perkhidmatan perisikan Mesir, pertemuan itu diadakan “bagi membincangkan situasi politik nasional secara keseluruhan serta persiapan selepas berakhirnya perang di Gaza. Pertemuan itu dilihat sebagai sebahagian daripada usaha berterusan Mesir untuk memulihkan kestabilan di wilayah Palestin dan menyatukan semula dua pergerakan utama — Hamas, yang mentadbir Gaza sejak 2007, dan Fatah, yang menguasai…

Read More

Trump beri amaran kepada Israel

BAITULMUQADDIS – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengeluarkan amaran keras kepada Israel mengenai rancangan mengambil alih atau menjadikan Tebing Barat yang diduduki sebagai sebahagian daripada wilayah rejim itu. Kenyataan itu dibuat kepada majalah Time melalui telefon pada 15 Oktober – hanya beberapa hari selepas rancangan gencatan senjata Gaza yang diterajuinya berkuat kuasa – tetapi ia hanya diterbitkan pada Khamis. “Ia tidak akan berlaku kerana saya sudah berjanji kepada negara-negara Arab.” sambil menegaskan “Israel akan kehilangan semua sokongannya daripada Amerika Syarikat jika itu berlaku.” Beliau ditanya tentang seruan di Israel…

Read More