KOTA KINABALU 6 Okt. – Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Dr Jeffrey Kitingan tidak terkejut dengan keputusan lima pemimpin parti itu yang memilih untuk kekal bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Sambil menyifatkan keputusan itu sebagai hak individu, beliau tetap menghormati pendirian mereka termasuk Timbalan Presiden parti itu di samping turut mendoakan yang terbaik untuk mereka. I “Saya menghormati keputusan lima pemimpin STAR yang memilih kekal bersama GRS. Setiap individu mesti bertindak mengikut hati nurani masing-masing. Saya telah melihat perkara seperti ini sebelum ini dan saya tidak terkejut,” katanya. Jeffrey…
Read MoreDay: October 6, 2025
Jangan tergesa-gesa sokong Pelan Damai 20 Perkara
SEPANG – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim diingatkan supaya tidak tergesa-gesa menyatakan sokongan terhadap Pelan Damai 20 Perkara yang dicadangkan Donald Trump bagi menyelesaikan konflik Gaza antara Israel dan Hamas. Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, kerajaan Malaysia tidak boleh terlalu mudah, terburu-buru atau memberi ‘cek kosong’ terhadap pelan Presiden Amerika Syarikat (AS) itu yang mencurigakan dalam banyak perkara. “Kerajaan Malaysia perlu teliti dan cerewet dalam menilai pelan damai Trump itu bukanlah kerana kita hendak menjadi lebih Hamas daripada Hamas itu sendiri!” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau…
Read MoreLima bekas ADUN STAR kekal sokong GRS
KOTA KINABALU 6 Okt. – Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) menerima kejutan awal pada hari pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini apabila lima wakil rakyatnya sebelum ini menyatakan hasrat meninggalkan parti itu. Mereka dijangka menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 dengan kekal menyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Timbalan Presiden STAR, Ellron Angin yang juga ADUN Sook, mengesahkan perkara itu kepada media selepas hadir pada pengumuman pembubaran DUN oleh Ketua Menteri Hajiji Noor di Menara Kinabalu, di sini. “Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan (presiden parti) sepatutnya sudah tahu tentang…
Read More6 negeri terdedah ancaman gempa bumi
KUALA LUMPUR 6 Okt. – Dewan Rakyat hari ini diberitahu, enam negeri iaitu Pahang, Terengganu, Perak, Negeri Sembilan Sabah dan Sarawak dikenal pasti sebagai kawasan yang terdedah kepada ancaman gempa bumi. kajian pemetaan sesar aktif Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dan Peta Seismotektonik Malaysia mendapati zon sesar di enam negeri itu, yang dikenal pasti terdedah kepada ancaman bencana alam berkenaan. Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Huang Tiong Sii, berkata pengemaskinian Peta Bahaya Seismik Malaysia yang diterbitkan oleh JMG dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), universiti…
Read MoreDUN Sabah bubar, PRN-17 bakal diadakan
DUN Sabah bubar, PRN-17 bakal diadakan KOTA KINABALU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, dibubarkan hari ini sekali gus membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, yang tarikhnya akan diputuskan oleh Suruganjaya Pilihan Raya (SPR). Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor mengumumkan pembubaran itu pada satu sidang media di sini petang ini. Pilihan raya kali ini yang perlu diadakan dalam tempoh 60 hari akan menyaksikan pertandingan bagi semua 73 kerusi DUN di mana sebelum pembubaran dikuasai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) selepas berlaku beberapa pergolakan politik. Dalam PRN mengejut 2020,…
Read MoreJangan pula kita ‘lebih Hamas daripada Hamas’
KUALA LLUMPUR6 Okt. – “Hamas sendiri menyambut baik pelan 20 perkara Donald Trump untuk Gaza, mengapa pula kita tidak boleh menyokong atau membantu memperkukuh kedudukan ini?,” kata Timbalan Menteri Luar, Mohamad Alamin Justeru beliau menasihatkan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) tidak menjadi ‘lebih Hamas daripada Hamas’ dalam menilai isu kehadiran Presiden Amerika Syarikat (AS), sempena Sidang kemuncak ASEAN ke-47 di sini. “Janganlah kita ‘lebih Hamas daripada Hamas’, sebaliknya kita perlu menumpukan usaha untuk memberi sumbangan secara konstruktif dan menyokong inisiatif ke arah keamanan di Palestin,” katanya di Dewan…
Read MoreSultan Selangor disembah maklum kenyataan Ambrin Buang
SEPANG 6 Okt. – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sudah disembah maklum serta membaca kenyataan yang dikeluarkan Mantan Pengerusi Perbadanan Pembangunan Kampung Bharu (PKB), Tan Sri Ambrin Buang berkaitan isu pembangunan di Kampung Sungai Baru. Perkara itu dimaklumkan menerusi laman Facebook Selangor Royal Office hari ini. “DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj sudah disembah maklum dan membaca kenyataan Media bertarikh 1 Oktober 2025 yang dikeluarkan oleh Tan Sri Ambrin Buang berhubung kait dengan Kampong Bharu dan isu pembangunan di Kampung Sungai Baru. Ambrin yang juga Ahli Dewan…
Read MoreBerita pilihan…
Semua jenis visa boleh umrah
JEDDAH – Pemegang semua jenis visa boleh menunaikan umrah ketika berada di Arab Saudi, demikian dimaklumkan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi. Menurut kementerian itu, visa itu termasuk visa lawatan peribadi dan keluarga, visa pelancong elektronik, visa transit, visa kerja dan pelbagai jenis visa lain. Langkah itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan bagi memudahkan prosedur jemaah umrah dan memperluas akses kepada perkhidmatan sistem Haji dan Umrah, bagi menyokong objektif Wawasan Saudi 2030. Kementerian itu turut menegaskan bahawa langkah itu mencerminkan komitmen berterusan kerajaan untuk memudahkan ketibaan umat Islam dari seluruh…
Read MoreBebas segera tahanan, tebusan
KAHERAH – Selepas memberikan maklum balas positif terhadap pelan hala tuju Donald Trump, Hamas menggesa supaya pertukaran tahanan-tebusan dengan Israel dimulakan dengan kadar segera. Desakan itu adalah sebahagian daripada usaha menamatkan perang di Gaza, dan membebaskan tawanan di Gaza sebagai pertukaran kepada rakyat Palestin yang dipenjarakan di Israel. Presiden Amerika Syarikat (AS) itu turut menggesa kedua-dua pihak untuk bertindak pantas dan ketika ini wakil kedua-dua pihak sedang menuju ke Mesir bagi memuktamadkan rundingan untuk menamatkan perang hampir dua tahun di Gaza. Menurut laporan media, berlaku perbincangan yang sangat positif dengan…
Read More