SEPANG 4 Okt. – Kesemua 23 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) tiba di Istanbul malam ini dan diberi pemeriksaan kesihatan dan bantuan menyeluruh, termasuk aspek psikologi. Perdana Menteri Anwar Ibrahim, berkata, jentera kerajaan kendalian Kementerian Luar di Istanbul akan memastikan kelancaran proses membawa mereka kembali ke Malaysia dalam masa terdekat. “Semoga semua urusan perjalanan pulang anak-anak Malaysia ini dipermudah dan dilindungi Allah SWT. Alhamdulillah!” katanya dalam kenyataan malam ini. Terdahulu, kumpulan sukarelawan itu dilapor diterbangkan menaiki pesawat khas kerajaan Turkiye TK6921 dari Lapangan Terbang Ramon,…
Read MoreDay: October 4, 2025
Makan malam inisiatif industri, swasta – King Sing
SEPANG 4 Okt. – Dakwaan kononnya terdapat minuman beralkohol dalam majlis makan malam anjuran Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) sehingga menyebabkan tetamu beragama Islam meninggalkan program lebih awal adalah tidak berasas sama sekali dan amat mengelirukan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tiong King Sing dalam satu kenyataan menegaskan, Tourism Malaysia hanya bertanggungjawab menganjurkan acara Global Travel Meet selama dua hari setengah, yang berjaya menjana impak ekonomi bernilai RM420 juta. Katanya,, acara makan malam yang dijadikan isu oleh Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin sebenarnya inisiatif pihak industri dan…
Read MoreGSF: 23 sukarelawan Malaysia bebas, sedia pulang
KUALA LLUMPUR 4 Okt. – Semua 23 sukarelawan Malaysia yang ditahan rejim Zionis Israel ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza, sudah dibebaskan, kata Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, mereka akan dibawa ke Lapangan Terbang Ramon di Israel, petang ini, sebelum menuju ke Istanbul, Turkiye dan dijangka mula pulang ke tanah air, esok malam atau lusa. “Alhamdulillah, sekarang 23 aktivis sedang menuju ke Lapangan Terbang Ramon di selatan Israel… (sebelum dibawa) dengan pesawat khas dari Turkiye untuk mengangkut mereka ke Istanbul. Rundingan saya dengan Ketua Risikan Malaysia…
Read MoreGSF: Dibicarakan tanpa kehadiran peguam
SEPANG 4 Okt. – Sebahagian daripada 23 sukarelawan Malaysia yang menyertai Global Sumud Flotila (GSF) yang ditahan tentera Israel pada Khamis, dibicarakan tanpa kehadiran peguam mereka, kata Menteri Luar, Mohamad Hasan. Katanya, peguam dari Pusat Undang-Undang untuk Hak Minoriti Arab di Israel (ADALAH), yang bersiap sedia untuk memberikan perwakilan undang-undang kepada rakyat Malaysia, membantah tindakan itu. Justeru beliau berharap baki rakyat Malaysia akan dibicarakan dengan kehadiran peguam pada Isnin. “Ketika ini, Israel sedang menyambut cuti keagamaan (Yom Kippur),” katanya pada sidang media selepas taklimat mengenai situasi terkini rakyat Malaysia di…
Read MoreDijemput “kenduri ASEAN” bukan “kenduri Malaysia “
SEPANG 4 Okt. – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, dijemput menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 di Kuala Lumpur hujung bulan ini sebagai ketua negara rakan dialog ASEAN bukannya jemputan dua hala oleh Malaysia. Menteri Luar, Mohamad Hasan, berkata sebagai Pengerusi ASEAN Malaysia bertanggungjawab menjemput semua ketua negara anggota ASEAN dan rakan dialog ke sidang kemuncak berkenaan. “Malaysia adalah pengerusi ASEAN tahun ini, jadi sebagai pengerusi kita menjemput semua ketua negara untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke- 46 dan 47. Sidang Kemuncak Ke-46 sudah selesai dan yang ke-47 akan berlangsung…
Read MoreBerita pilihan….
Setuju damai, enggan lucut senjata
KAHERAH – Hamas dilaporkan bersetuju dengan sebahagian daripada syarat terkandung dalam pelan keamanan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, untuk menamatkan perang di Gaza. Bagaimanapun Hamas yang diberi tempoh sehingga Ahad untuk menerima pelan 20 perkara itu dikatakan tidak bersetuju dengan syarat pelucutan senjata kerana pihaknya menegaskan mahu rundingan lanjut diadakan. Dalam hantaran di platform Truth Social, Trump percaya kenyataan Hamas menunjukkan mereka sudah bersedia untuk keamanan berkekalan sambil menuntut Israel mesti segera menghentikan pengeboman ke atas Gaza. “Israel mesti segera menghentikan pengeboman Gaza supaya kita boleh membawa keluar tebusan…
Read MoreHamas diberi tempoh sehingga Ahad
WASHINGTON – Hamas diberi tempoh sehingga esok, Ahad untuk menerima cadangan gencatan senjata Amerika Syarikat (AS) serta pertukaran tahanan. Presiden Donald Trump dalam hantaran di platform media sosialnya, Truth Social semalam, berkata, Hamas perlu menerima perjanjian itu selewat-lewatnya jam 6 petang waktu Timur (2200GMT) Ahad ini. Israel mengekalkan sekatan ke atas Gaza yang dihuni hampir 2.4 juta penduduk selama hampir 18 tahun. Sekatan itu diperketatkan lagi pada Mac lalu apabila rejim Israel menutup lintasan sempadan serta menyekat penghantaran makanan dan ubat-ubatan, menyebabkan wilayah berkenaan berdepan kebuluran. Sejak Oktober 2023, serangan…
Read More