Geramm kecam menteri berang

SEPANG 30 Okt. – Gerakan Media Merdeka (Geramm) mengecam tindakan seorang menteri yang berang terhadap wartawan yang bertanyakan soalan kepadanya serta ‘’mengugut’ untuk melaporkan kepada ketua editor akhbar berkenaan. Dalam kenyataan hari ini, Geramm memandang serius insiden tersebut dan menyifatkan tindakan itu sebagai tidak beradab, menghina serta tidak boleh diterima, khususnya apabila ia dilakukan oleh seorang menteri. Wartawan mempunyai hak dan tanggungjawab untuk bertanya, terutama kepada ahli politik dan penjawat awam bagi mendapatkan penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi kepentingan awam,” kata kenyataan itu. Geramm turut menegaskan bahawa soalan wartawan bukan…

Read More

Dr Mahathir: Menyerah Kemerdekaan

𝗠𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗘𝗠𝗘𝗥𝗗𝗘𝗞𝗔𝗔𝗡 (English translation at end of write-up) 1. Saya tak pernah fikir yang saya akan hidup untuk menyaksi bagaimana pemimpin Malaysia sanggup serah kemerdekaan kita hanya untuk nampak hebat buat beberapa minit dan di usap kepala oleh pemimpin asing. 2. Tapi ini yang berlaku, dan kini kita terpaksa tunduk pada kehendak Amerika Syarikat dalam hampir semua urusan perdagangan dan ekonomi kita. Ternampak yang kita telah serah kedaulatan kita. 3. Pada tahun 1957 ketika berjuang untuk kemerdekaan, kita berusaha untuk tentukan nasib kita dan di tahun-tahun berikutnya, kita bekerja keras…

Read More

Perjanjian ART ada klausa keluar

KUALA LUMPUR 30 Okt. – Anwar Ibrahim hari ini menegaskan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat (AS) ditandatangani berikutan negara memerlukan pelaburan dan perdagangan yang tinggi dari AS. Perdana Menteri juga menjelaskan perjanjian ART yang ditandatangani turut mempunyai klausa keluar (klausa untuk menamatkan perjanjian). Justeru Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, tidak timbul persoalan menyerahkan kedaulatan perdagangan negara kepada AS susulan perjanjian yang ditandatangani pada 26 Oktober lepas oleh Anwar dan Presiden AS Donald Trump. “Saya tidak mahu bersikap apologetik. Mengapa kita meterai juga? Ini kerana kita perlu pelaburan…

Read More

REE milik negeri, kerjasama pusat biar adil

SEPANG 30 Okt. – Majlis Menteri Besar Kerajaan Empat Negeri (SG4) menegaskan sumber mineral nadir bumi (REE) yang terdapat dalam sempadan negeri masing-masing adalah hak milik negeri sebagaimana termaktub di bawah Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan. Justeru gabungan empat negeri itu yang mewakili 70 peratus sumber REE terbesar negara, komited memastikan hasil kekayaan bumi tersebut diurus secara bertanggungjawab, lestari dan memberi manfaat maksimum kepada rakyat serta generasi akan datang. SG4 menegaskan demikian dalam kenyataan bersama melibatkan Menteri Besar Terengganu sebagai Pengerusi,  Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi…

Read More

UiTM perlu sedia pendidikan percuma Bumiputera

KUALA LUMPUR 30 Okt . — Universiti Teknologi MARA (UiTM) perlu kembali kepada dasar asal menyediakan pendidikan percuma sepenuhnya kepada semua Bumiputera, di bawah Hak Keistimewaan Melayu, Fasal 153 Perlembagaan Negara. Presiden Putra,  Dr Ibrahim Ali berkata, ini berikutan sudah banyak hak Melayu terhakis dan ‘ternoda’ atas nama  berbilang kaum, sedangkan Malaysia asalnya Persekutuan Tanah Melayu. “Ini bukan tuntutan populis, tetapi pelaksanaan hak perlembagaan. Jika Fasal 153 menjamin keistimewaan pendidikan, maka pelaksanaan pendidikan percuma di UiTM adalah roh sebenar kepada janji itu. Ini adalah hak bangsa Melayu,” katanya. Ibrahim dalam…

Read More

“Lebih Hamas dari Hamas, lebih China dari China”

KUALA LUMPUR 30 Okt. – Ahli Parlimen pembangkang diingatkan supaya tidak bersikap ‘lebih Hamas dari Hamas’ dan ‘lebih China dari China’ dalam mentafsirkan langkah kerajaan menjalinkan hubungan perdagangan dengan negara luar. Anwar Ibrahim ketika mengingatkan demikian mendakwa , pembangkang cuba menanam kebencian sehingga ada yang menyalahtafsirkan peruntukan tertentu dalam perjanjian perdagangan dengan negara luar. Perdana Menteri berkata, ini termasuk Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Amerika Syarikat (AS) dengan Malaysia yang dimeterai pada Sidang Kemuncak ASEAN baru-baru ini. Katanya, jika dibiarkan, beliau bimbang ia boleh menjejaskan hubungan diplomatik antara Malaysia…

Read More

Israel terus serang Gaza

BANDAR GAZA – Gencatan senjata yang diusahakan Amerika Syarikat (AS) terus dicabuli apabila Israel menyerang stor simpanan senjata di Gaza semalam, beberapa jam selepas pengeboman paling dahsyat. Pada masa yang sama, Tel Aviv turut memberi amaran operasi akan diteruskan bagi menumpaskan ancaman yang sudah dikenal pasti. Rejim Zionis mengumumkan sudah melancarkan serangan tepat ke atas lokasi di kawasan Beit Lahia, utara Gaza, dikatakan diguna untuk menyimpan senjata bagi ‘serangan pengganas yang bakal dilancarkan’. Katanya, pasukan tentera Israel (IDF) akan kekal dikerah, ‘selaras perjanjian gencatan senjata dan terus menjalankan operasi menyingkirkan…

Read More