KUALA LUMPUR 11 Sept. – Perincian Memorandum Jemaah Menteri (MJM) berhubung pengharaman rokok elektronik atau vape sedang dimuktamadkan untuk dibentangkan kepada Kabinet. Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad, berkata perincian berhubung memorandum itu tidak dapat didedahkan lagi kerana belum dibentangkan kepada Kabinet. “Kita sedang merangka MJM dengan sangat intensif. Perkara ini bukan lagi “jika” sebaliknya bila kita akan haramkan. Semua itu dalam perangkaan, tetapi saya tidak boleh mendahului Kabinet,” katanya. Beliau berkata demikin ketika sidang media selepas Majlis Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia (MPSI) peringkat Hospital Pakar PUSRAWI, di sini,…
Read MoreDay: September 11, 2025
Berita pilihan…
WHO mahu kekal di Gaza
GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan rakan kerjasama akan kekal berada di Bandar Gaza meskipun tentera Israel mengarahkan orang ramai untuk berpindah susulan peningkatan serangan dilancarkan pihaknya ke atas kawasan itu. Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata pihaknya sangat terkejut dengan arahan pemindahan paksa terkini yang dikeluarkan oleh tentera Israel itu. Beliau berkata, arahan rejim Zionis supaya kira-kira sejuta penduduk bandar itu berpindah ke kawasan yang Israel panggil kononnya ‘zon kemanusiaan’ di selatan Semenanjung Gaza, adalah tidak munasabah sama sekali. “Zon itu tidak mempunyai keluasan kawasan mahupun skala…
Read MoreDakwaan tidak bertanggungjawab Israel
DOHA – Qatar menyifatkan dakwaan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu bahawa negara ini menempatkan pejabat Hamas, sebagai ‘semberono dan tidak bertanggungjawab.’ Semalam, Netanyahu memberi amaran kepada Qatar supaya mengusir pegawai Hamas atau membawa mereka ke muka pengadilan. “Ini kerana jika anda tidak berbuat sedemikian, kami yang akan melakukannya,” kata Netanyahu sambil menuduh Qatar menyediakan perlindungan dan kewangan kepada Hamas. Pertelingkahan semakin ‘panas’ itu menyusul selepas Israel melancarkan serangan udara ke atas Qatar, kelmarin, dengan mendakwa ia bertujuan membunuh pemimpin politik Hamas. Tindakan Israel meningkatkan kempen ketenteraannya di Asia Barat itu…
Read More