PUTRAJAYA 10 Sept. – Sebarang masalah yang dihadapi pelajar dalam proses permohonan ke universiti, masih mempunyai saluran penyelesaian termasuk melalui proses rayuan, kata Menteri Pendidikan Tinggi Dr Zambry Abdul Kadir. Justeru katanya, isu pendidikan tinggi yang melibatkan soal anak-anak melanjutkan pelajaran tidak seharusnya dipolitikkan oleh mana-mana pihak. “Saya sering kali sebutkan bahawa ini adalah soal anak-anak yang akan melanjutkan pelajaran dan saya tidak mahu menjadikan ia sebagai satu isu permainan politik oleh mana-mana pihak. “Saya telah menyebutkan berkali-kali bahawa bila ada masalah-masalah, bila kita ada proses rayuan kita, yang mana…
Read MoreDay: September 10, 2025
Belum sedia ulas kedudukan dalam BN
KUALA LUMPUR 10 Sept. – Presiden MCA, Dr Wee Ka Siong belum bersedia untuk bercakap mengenai kedudukan MCA dalam Barisan Nasional (BN). Katanya, perkara itu akan dijelaskan apabila beliau sudah bersedia, dalam satu sesi dengan media. “Biarlah. Saya aturkan nanti. Bila saya bersedia, saya akan panggil semua,” katanya kepada media di sini hari ini. Sebelum ini Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi dilaporkan berkata kluster yang dikaitkan dengan bekas Naib Presiden MCA, Ti Lian Ker dilapor mahu parti itu keluar BN. Langkah itu bagi membolehkan MCA…
Read MoreMCA persoal kenapa hanya 85 tempat
KUALA LUMPUR 10 Sept. – Presiden MCA, Dr Wee Ka Siong mempersoalkan tawaran 85 tempat yang boleh diisi calon bagi program perakaunan di Universiti Malaya (UM), sedangkan jumlah graduan yang dihasilkan setiap tahun di bawah program itu sejak 14 tahun lalu melebihi 100 orang. Katanya, berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada laman web UM, jumlah graduan di bawah program perakaunan secara puratanya adalah tiga digit setiap tahun, sejak 2011 hingga 2024, malah ada tahun yang mencecah hampir 200 orang. “Kenapa data daripada Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) yang mengawal selia semua universiti,…
Read MoreBerita pilihan….
Menteri Kesihatan pengsan pada sidang media
STOCKHOLM – Menteri Kesihatan Sweden yang baru dilantik, Elisabet Lann tiba-tiba rebah ketika sidang media iaitu beberapa jam selepas beliau diumumkan sebagai anggota Kabinet baharu. Turut hadir dalam sidang media itu, Perdana Menteri, Ulf Kristersson dan pegawai lain. Rakaman yang menjadi tular di media sosial itu menunjukkan Lann berdiri di sisi pegawai-pegawai terbabit sebelum tiba-tiba terjatuh di hadapan podium dan rebah. Timbalan Perdana Menteri Sweden, Ebba Busch, berlari ke ke arahnya dan meletakkan Lann dalam posisi pemulihan dan selepas beberapa minit, beliau kembali sedar dan dibawa keluar dari bilik sidang.…
Read MoreNegara-negara Arab kecam serangan Israel
RIYADH – Majlis Kerjasama Teluk (GCC), Liga Dunia Islam menyertai negara-negara Arab mengecam serangan Israel ke atas Qatar yang disifatkan sebagai kejam dan pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa. Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Jordan dan beberapa negara Arab lain menyifatkan serangan itu pelanggaran Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kedaulatan serta keselamatan Qatar. Kementerian Luar Negeri Arab Saudi menegaskan tindakan Israel itu boleh menjejaskan keselamatan dan kestabilan rantau, serta menyeru masyarakat antarabangsa mengecam dan menghentikan pelanggaran terbabit. Dalam pada itu, Putera Mahkota Mohammed bin Salman menghubungi Emir Qatar, Sheikh Tamim…
Read MoreMedia Hari Ini Rabu 10.09.2025
Lawatan menteri, timbalan dihenti
PUTRAJAYA 10 Sept. – Semua lawatan menteri dan timbalan menteri ke luar negara dihentikan sementara, bagi memastikan tumpuan penuh diberikan kepada persiapan Belanjawan 2026 dan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang juga Jurucakap Kerajaan MADANI, berkata arahan yang berkuat kuasa serta-merta itu, bagaimanapun terkecuali bagi mesyuarat berjadual atau perkara yang diberi pertimbangan khusus oleh Jemaah Menteri. “Ini bagi memastikan menteri-menteri memberi fokus dan keutamaan kepada pelaksanaan beberapa program dan juga persiapan menuju Belanjawan 2026, yang akan dibentangkan Perdana Menteri pada 10 Okt dalam masa beberapa minggu lagi.…
Read More