Belum sedia ulas kedudukan dalam BN

KUALA LUMPUR 10 Sept. – Presiden MCA, Dr Wee Ka Siong belum bersedia untuk bercakap mengenai kedudukan MCA dalam Barisan Nasional (BN).

Katanya, perkara itu akan dijelaskan apabila beliau sudah bersedia, dalam satu sesi dengan media.

“Biarlah. Saya aturkan nanti. Bila saya bersedia, saya akan panggil semua,” katanya kepada media di sini hari ini.

Sebelum ini Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO,  Dr Mohd Puad Zarkashi dilaporkan berkata kluster yang dikaitkan dengan bekas Naib Presiden MCA, Ti Lian Ker dilapor mahu parti itu keluar BN.

Langkah itu bagi membolehkan MCA dapat bertanding lebih banyak kerusi dan mengharapkan sokongan pengundi Melayu daripada Pas serta Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Bagaimanapun, Mohd Puad berpandangan, kepemimpinan MCA bimbang akan mengulangi nasib malang yang menimpa Presiden Gerakan Dr Dominic Lau Hoe Chai dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Bayan Lepas.

Ka Siong juga enggan mengulas mengenaikenyataan Setiausaha Agung Bersatu, Mohamed Azmin Ali berhubung pertemuan antara parti tu dengan Perikatan Nasional (PN).

Katanya, soalan itu sepatutnya ditujukan kepada Mohamed Azmin yang membuat kenyataan berkenaan, bukan kepada beliau.

“Anda tanyalah beliau. Kenapa tanya saya? Saya pun tidak mahu ambil kira beliau jumpa siapa,” katanya

Media sebelum ini, melaporkan Mohamed Azmin Ali mengakui pernah mengadakan pertemuan dan perbincangan secara tidak rasmi dengan parti komponen BN iaitu MCA serta MIC berhubung penyertaan mereka dalam PN.

Mohamed Azmin berkata, pertemuan itu adalah satu permulaan yang baik apabila kedua-dua pihak bersedia untuk mengadakan perbincangan bersama.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment