Kerugian Rp900 bilion akibat rusuhan

JAKARTA – Jumlah kerugian akibat siri tunjuk perasaan dan rusuhan yang melanda beberapa wilayah di Indonesia dianggarkan mencecah hampir Rp900 bilion (RM285 juta) dengan Jawa Timur dilaporkan mengalami kerosakan paling teruk. Menteri Buruh, Dody Hanggodo, berkata anggaran itu membabitkan pelbagai kemudahan awam dan infrastruktur yang rosak atau musnah akibat kekacauan yang tercetus sejak minggu lalu. Ketika ditemui media selepas meninjau kawasan Gerbang Tol Pejompongan di ibu kota Jakarta, hari ini, beliau berkata, jumlah itu meliputi kerosakan ke atas pelbagai infrastruktur termasuk bangunan Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) yang dibakar, gerbang…

Read More

Perhimpunan Bersatu fokus hadapi PRU16, PRN

PETALING JAYA 2 Sept. – Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu pada hujung minggu ini akan memberi tumpuan penuh terhadap agenda persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) yang dijangka bakal diadakan tahun depan. Setiausaha Agung Bersatu, Mohamed Azmin Ali berkata, Bersatu menjangkakan PRU16 akan diadakan tahun depan mengambil kira beberapa petunjuk jelas termasuk negeri yang akan mengakhiri tempoh penggalnya. Katanya, dalam perbincangan yang diadakan, Bersatu mendapati banyak faktor yang menyumbang kepada andaian bahawa kerajaan pada hari ini memerlukan mandat baharu dengan jangkaan PRU16 diadakan bersama beberapa PRN. Justeru perhimpunan kali…

Read More

220 wartawan maut diserang Israel

PARIS – Lebih 250 organisasi media dari lebih 70 negara menghitamkan muka depan akhbar dan halaman utama laman sesawang serta menghentikan siaran pada Isnin sebagai tanda protes terhadap pembunuhan wartawan di Semenanjung Gaza. Badan Wartawan Tanpa Sempadan (Reporters Without Borders – RSF) yang menganjurkan protes itu berkata, seramai 220 wartawan telah terbunuh akibat serangan tentera Israel di Semenanjung Gaza dalam tempoh kurang dua tahun. “Dengan kadar wartawan terbunuh di Gaza angkara tentera Israel, tidak lama lagi tiada siapa yang tinggal untuk menyampaikan maklumat. Ini bukan sekadar perang terhadap Gaza, tetapi…

Read More

Penggalian rahsia di bawah Masjid al-Aqsa

BAITULMUQADDIS – Pihak berkuasa Palestin mendakwa Israel menjalankan kerja-kerja penggalian rahsia di bawah kawasan Masjid al-Aqsa sehingga merosakkan artifak Islam bersejarah, termasuk tinggalan dari era pemerintahan Bani Umayyah. Dalam satu kenyataan, Pihak berkuasa Palestin, berkata beberapa rakaman video yang bocor menunjukkan aktiviti penggalian tanpa kebenaran sedang dijalankan oleh pasukan Israel di kawasan yang sering menjadi titik ketegangan. “Pihak berkuasa Israel dilihat sengaja memusnahkan artifak Islam yang berasal dari zaman pemerintahan Bani Umayyah, yang menjadi bukti hidup dan sahih terhadap hak milik umat Islam ke atas tapak suci berkenaan. “Israel sedang…

Read More