Mulyani ajak rakyat bina Indonesia secara beradab

KUALA LLUMPUR1 Sept. – Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani Indrawati menyeru rakyat untuk terus membina Indonesia secara beradab, bukannya melalui anarki, kebencian atau fitnah. Katanya, sistem demokrasi memberi ruang kepada rakyat untuk melakukan semakan kehakiman sekiranya hak mereka dilanggar, termasuk membawa perkara ke Mahkamah Agung jika berlaku penyimpangan dalam pelaksanaan undang-undang. Menurutnya, inilah ciri demokrasi beradab yang perlu dipertahankan dan terus diperbaiki. “Mari kita jaga dan bangun Indonesia bersama, tidak dengan merusak, membakar, menjarah, memfitnah, pecah belah, kebencian, kesombongan, dan melukai dan mengkhianati perasaan publik,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.…

Read More

Mufti, timbalan tiada kaitan video ‘penggali kubur’

KOTA KINABALU 1 Sept. – Mufti dan Timbalan Mufti Negeri Sabah tidak terbabit dalam proses penggalian semula jenazah pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, seperti yang didakwa sebelum ini. Mufti Sabah Bungsu @ Aziz Jaafar dalam satu kenyataan membuat penafian itu susulan penularan sebuah video ‘penggali kubur’ berdurasi 46 saat di media sosial pada Khamis lalu. Video tular itu mendakwa mufti dan timbalan mufti terhidu haruman pada jenazah berkenaan dan dakwaan itu disifatkan tidak benar. “Pejabat Mufti Negeri Sabah menafikan sekeras-kerasnya kenyataan bahawa Mufti Kerajaan Negeri Sabah dan Timbalan Mufti…

Read More

Aktivis iklim sertai flotila

BARCELONA – Selepas dihalau keluar dari Israel  pada Jun lalu, aktivis iklim, Greta Thunberg sekali lagi menyertai flotila (rombongan kapal) yang membawa bantuan bekalan makanan ke Gaza dari Barcelona, hari ini untuk menembusi sekatan laut Israel seterusnya mengagihkan bekalan penting ke wilayah perang. Aktivis itu sebelum ini cuba menyertai pelayaran bantuan ke Gaza namun kapal mereka dirampas oleh tentera Israel, dan semua aktivis termasuk Thunberg dihalau keluar dari Israel. Sebelum berlepas, Thunberg berkata kepada orang ramai, Ini adalah misi untuk mencabar sistem antarabangsa yang sangat ganas dan kegagalan menegakkan undang-undang…

Read More

Israel dakwa bunuh jurucakap Hamas

GAZA – Israel mendakwa telah membunuh Abu Obeida, jurucakap utama sayap bersenjata Hamas, dalam satu serangan udara yang dilancarkan ke atas Gaza hujung minggu lalu. Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, menyatakan bahawa Abu Obeida telah ‘dihapuskan’ dalam operasi ketenteraan yang menyasarkan kawasan Rimal di Bandaraya Gaza. Abu Obeida, nama samaran bagi Hudayfa Samir Abdallah al-Kahlut, telah lama menjadi wajah propaganda ketenteraan Hamas melalui kenyataan media, rakaman audio, dan video yang disebarkan kepada dunia Arab dan antarabangsa. Beliau terkenal dengan penampilan beruniform tentera dan keffiyeh merah yang menutupi wajahnya. Menurut laporan…

Read More