PASIR SALAK 17 Ogos – Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan pemimpin UMNO supaya tidak mengambil tindakan yang boleh menggoyahkan kesatuan dalam kalangan 18 parti di dalam Kerajaan Perpaduan. Katanya, tindakan mengejar populariti menerusi isu-isu semasa perlu dielakkan supaya hubungan baik dengan pemimpin parti lain dan akar umbi tidak terjejas. “Jangan hanya berhasrat untuk mempopularkan sesuatu isu atau berhasrat menjadikan diri sebagai orang paling popular akhirnya akan menjejeaskan hubungan baik antara pemimpin-pemimpin parti dan apa lagi di peringkat akar umbi,” katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan…
Read MoreDay: August 17, 2025
Imej tercalar, keselamatan tidak terjejas
PASIR SALAK 17 Ogos – Imej tercalar tetapi tahap keselamatan negara tidak terjejas walaupun lima perisik tentera Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ditahan kerana disyaki membocorkan maklumat operasi ketenteraan kepada penyeludup dan bersekongkol dengan sindiket baru-baru ini. Timbalan Perdana Menteri, Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata penahanan anggota Organisasi Perisikan Pertahanan Malaysia (MDIO) itu diharap dapat memberi pengajaran mahal terutama kepada semua pasukan penguatkuasaan supaya tidak terbabit dengan perbuatan sebegitu. “Ia (keselamatan) tidak akan terjejas, tetapi imej tercalar dan ini mesti dielakkan serta mesti diketahui oleh mereka,” katanya selepas merasmikan Program Santunan…
Read MorePRN: BN luar bandar, PH dalam bandar
PONTIAN 17 Ogos – Kerusi luar bandar dijangka ditandingi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini manakala Pakatan Harapan (PH) pula diberi kerusi bandar susulan rundingan pembahagian kerusi Ketua Sekretariat War Room UMNO Pusat, Ahmad Maslan, berkata agihan kerusi yang dimuktamadkan itu juga memberi isyarat positif gabungan BN-PH sedang berada di landasan tepat untuk pecutan terakhir bagi menghadapi PRN. Bagaimanapun Ahli Parlimen Pontian itu berkata, jumlah kerusi diperoleh BN akan diumum pucuk pimpinan parti. Beliau berkata demikian selepas penyampaian bantuan kepada pelajar berjaya melanjutkan pengajian ke…
Read MorePertahanan negara bukan ‘pasar malam komisen’
SEPANG 17 Ogos – Putra menyokong penuh titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, yang menegaskan supaya Kementerian Pertahanan (Mindef) membatalkan cadangan pembelian helikopter Black Hawk lama berusia lebih 30 tahun. Presiden Putra, Dr Ibrahim Ali berkata, titah baginda bukan sekadar nasihat, tetapi peringatan sejarah yang lahir daripada pengalaman negara. “Baginda mengingatkan kegagalan pahit projek SkyHawk bahawa aset lama yang akhirnya menjadi besi buruk tanpa manfaat, meskipun berbilion ringgit duit rakyat telah dibazirkan,” katanya dalam satu kenyataan. Ibrahim mendakwa penyelewengan Mindef sudah melampau yang mengingatkan rakyat bahawa isu seumpama ini bukan…
Read MoreBerita pilihan…
Israel kini masalah utama – PM Denmark
COPENHAGEN – Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, kini sudah menjadi satu ‘masalah utama’ dengan kerajaan Israel sudah melampaui batas, kata Perdana Menteri Denmark, Mette Frederiksen. Sehubungan itu, beliau menegaskan akan berusaha menekan Israel berhubung perang di Gaza memandangkan Denmark kini memegang jawatan Presiden Kesatuan Eropah (EU). Dalam wawancara bersama akhbar harian Jyllands-Posten, pemimpin berhaluan tengah kanan itu mengecam krisis kemanusiaan di Gaza yang disifatkannya sebagai ‘amat mengerikan dan mencapai tahap bencana’,. Beliau turut mengkritik projek penempatan baharu di Tebing Barat yang diduduki. “Kami antara negara yang mahu meningkatkan tekanan ke atas…
Read MorePersiapan pindahkan penduduk Gaza
BAITULMUQADDIS – Selepas diisytiharkan sebagai zon pertempuran, tentera Israel hari ini mula membekalkan penduduk Gaza dengan khemah dan kelengkapan perlindungan lain sebelum memindahkan mereka ke bahagian selatan wilayah itu. Israel sebelum ini menyatakan hasrat melancarkan serangan baharu untuk menguasai utara Bandar Gaza, pusat bandar terbesar di wilayah berkenaan dan serangan besar-besaran dijangka dilancarkan dalam masa terdekat. Rancangan itu mencetuskan kebimbangan antarabangsa mengenai nasib penduduk di kawasan padat berpenghuni, yang didiami kira-kira 2.2 juta orang. Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, hari ini berkata sebelum melancarkan serangan, penduduk awam akan dipindahkan ke…
Read More