SEPANG 16 Ogos – Arahan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke supaya sayap parti itu membuat laporan polis terhadap Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Salleh berhubung himpunan di Kepala Batas baru-baru ini sebagai tindakan berlebih-lebihan, janggal dan berpotensi memburukkan keadaan. Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan berkata, sebagai parti dalam gabungan kerajaan di peringkat pusat dan negeri, DAP dan UMNO sepatutnya mencari jalan damai secara dalaman tanpa melibatkan orang lain termasuk polis atau orang awam dengan naratif yang tidak sihat. Takiyuddin berkata, suasana tidak selesa ini hanya berpunca daripada tindakan seorang…
Read MoreDay: August 16, 2025
Penguatkuasaan tidak boleh ‘pilih bulu’
SEREMBAN 16 Ogos – Semua pihak terbabit dalam insiden pemasangan bendera terbalik di Pulau Pinang, perlu dikenakan tindakan penguatkuasaan, bukan hanya ke atas Dr Muhamad Akmal Saleh. Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan berkata, setiap tindakan pasti akan mengundang reaksi, dan adalah penting untuk semua pihak bertenang serta tidak mencetuskan ketegangan yang boleh menggugat keharmonian negara. “Apa jua dalam dunia ini, setiap tindakan akan ada reaksi. Kita tidak mahu perkara ini jadi saingan luar kawalan. Saya harap semua pihak bertenang, Dr Akmal telah dipanggil oleh polis untuk beri keterangan,” katanya. Beliau…
Read MoreAndalusia sedia perkukuh urusan haji
KUALA LUMPUR 16 Ogos – Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia) akan mengambil langkah memperkukuh pengurusan ibadah haji dengan pendekatan lebih telus dan berasaskan teknologi digital. Pengarah dan Penasihat Undang-undang Andalusia, Ida Riswana Idris berkata, langkah itu termasuk pembangunan empat aplikasi baharu menjelang musim haji akan datang. Katanya, antara inovasi yang bakal diperkenalkan ialah Super Apps Komuniti Jemaah bagi memudahkan komunikasi, pemantauan serta penyelarasan operasi di Tanah Suci. Andalusia turut melancarkan buku rekod kesihatan jemaah untuk memastikan tahap kesihatan bakal haji dapat dipantau lebih awal sebelum berangkat ke Mekah dan Madinah. “Alhamdulillah, maklum balas daripada…
Read MoreBerita pilihan…
Anggota Briged Rafah Hamas maut
GAZA – Seorang anggota kanan Briged Rafah Hamas, Nasser Musa didakwa sudah terbunuh dalam serangan yang diketuai Komando Selatan di kawasan Khan Younis pada 9 Ogos lalu. Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dalam kenyataan bersama agensi keselamatan dalaman Israel, Shin Bet, Musa adalah ketua bahagian kawalan ketenteraan Hamas. Dia bertanggungjawab ke atas kesiapsiagaan serta latihan anggota briged dalam merancang dan melaksanakan aktiviti keganasan terhadap pasukan IDF serta orang awam Israel semasa perang. Beliau juga dikenali sebagai orang kanan kepada komander Briged Rafah, Muhammed Shabana, yang terbunuh pada Mei lalu. Sebelum ini,…
Read MoreJerman bantah penempatan haram
BERLIN – Rancangan Israel untuk membina penempatan haram di Tebing Barat, turut mendapat bantahan Jerman yang berpendapat langkah itu akan lebih menyekat pergerakan penduduk Palestin. Jurucakap Kementerian Luar Jerman dalam satu kenyataan, berkata Berlin menolak sekeras-kerasnya kelulusan kerajaan Israel untuk membina ribuan unit penempatan baharu. Terdahulu Menteri Kewangan sayap kanan Israel, Bezalel Smotrich mengumumkan rancangan membina ribuan unit penempatan baharu yang dikatakan membahagikan kawasan itu kepada dua bahagian dan mengasingkannya daripada Baitulmaqdis Timur. Jerman berulang kali menegaskan bahawa pembinaan penempatan haram di Tebing Barat melanggar undang-undang antarabangsa dan resolusi Majlis…
Read More