Wanita warga China cederakan pegawai Imigresen

KUALA LUMPUR 14 Ogos – Seorang wanita warga China ditahan selepas bertindak agresif dan mencederakan pegawai kaunter imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA1), kira-kira pukul 7.40 malam Kejadian berlaku ketika suspek yang berusia 31 tahun bersama seorang lelaki dan dua kanak-kanak sedang melalui pemeriksaan pelepasan imigresen di kaunter terbabit. Menurut Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), pegawai di kaunter kemudian mendapati semua mereka tidak mempunyai rekod pergerakan masuk dan merujuk perkara itu kepada penyelia pasukan untuk semakan lanjut. “Bagaimanapun, wanita warga China itu tidak berpuas…

Read More

Tidak izin bedah siasat ketika panik

KOTA KINABALU 14 Ogos – “Kami kekejutan, panik dan tidak mampu membuat keputusan waras ketika kejadian,” demikian penjelasan Noraidah Lamat berhubung tindakannya ‘menolak’ bedah siasat ke atas jenazah  anaknya, Zara Qairina Mahathir. Wanita berusia 45 tahun itu berkata tiada penerangan yang jelas mengenai prosedur bedah siasat apatah lagi tiada pengalaman berdepan kes seumpama ini. “Kami panik, tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat. Kalau kami tahu (kepentingan membuat bedah siasat), kami tidak sesekali turun tandatangan enggan post mortem,” katanya dalam satu komen di Facebook. Sebelum ini Jabatan Peguam Negara mengarahkan…

Read More

Kos tinggi punca tempoh di Madinah 6 hari

KUALA LUMPUR 14 Ogos – Tempoh keberadaan jemaah haji di Madinah dikurangkan daripada lapan kepada enam hari berikutan kos penginapan yang tinggi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Mohd Nai’im Mokhtar. Beliau berkata Lembaga Tabung Haji (TH) terpaksa menanggung kos yang tinggi jika tempoh lapan hari diteruskan. Bagaimanapun, Mohd Nai’im berkata, TH akan melakukan kajian bagi melihat secara terperinci cadangan menambah tempoh keberadaan jemaah haji di Madinah kepada lapan hari. Beliau berkata demikian pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini, menjawab soalan tambahan Dr…

Read More

“Diam, andai teruskan AIDS”

KUALA LUMPUR 14 Ogos  – “Diam, andai teruskan, AIDS,” demikian mesej ugutan yang diterima isteri bekas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli sekitar 1.12, iaitu selepas anak lelaki mereka yang berusia 12 tahun diserang semalam. Ahli Parlimen Pandan itu berkata, mesej pertama yang diterima melalui telefon isterinya adalah pada 1.12 dan mesej kedua melalui aplikasi WhatsApp pada pukul 11.02 pagi hari ini dengan kandungan sama, diikuti tiga emoji picagari. Semalam Rafizi mendedahkan anaknya ditarik dan dicucuk dengan jarum suntikan oleh orang yang tidak dikenali semasa sedang memasuki kereta di sebuah pusat beli-belah…

Read More

“Rujuk persoalan undang-undang bukan mohon imuniti”

KUALA LUMPUR 14 Ogos – Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa beliau hanya merujuk persoalan undang-undang ke Mahkamah Persekutuan bagi diputuskan bukan memohon kekebalan atau imunitidaripada tindakan saman. Perdana Menteri berkata, beliau hanya memohon keputusan apakah tuntutan yang tidak mempunyai asas munasabah (frivolous), tindakan menindas pihak lawan tanpa niat sebenar untuk mendapatkan keadilan (vexatious) dan salah guna proses mahkamah diterima dalam semua kes, termasuk kes sivil. “Yang dimohon ialah bertanya keputusan mahkamah, apakah mungkin sesiapa saja boleh buat serangan kepada Perdana Menteri, secara frivolous dan vexatious yang mengganggu perjalanan kerja kita? “Terserah…

Read More

PM sedia mohon maaf, tunggu siasatan MCMC

KUALA LUMPUR 14 Ogos – Anwar Ibrahim bersedia memohon maaf kepada Ahli Parlimen Pagoh, Muhyiddin Yassin sekiranya kenyataan yang dibuat beliau di Parlimen baru-baru ini terbukti daripada sumber yang tidak sahih. Perdana Menteri menjelaskan di adewan Rakyat hari ini, kenyataan tersebut dibuat dengan merujuk kepada tiga sumber yang beliau terima. Bagaimanapun, tegas Anwar, ketika ini siasatan lanjut sedang dijalankan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi mengesahkan kesahihan sumber-sumber berkenaan. “Pertama ialah tentang kenyataan Pagoh, saya kata tiada masalah kerana saya ada tiga sumber, yang disahkan tidak benar, satu…

Read More

Sudan Selatan nafi runding dengan Israel

NAIROBI –  Sudan Selatan menolak dakwaan kononnya mengadakan rundingan dengan Israel berhubung penempatan semula rakyat Palestin dari Gaza yang dilanda perang, kata Kementerian Luar Sudan Selatan. Dalam kenyataannya, Kementerian Luar menyifatkan dakwaan tidak berasas itu  tidak mencerminkan pendirian atau dasar rasmi kerajaan Republik Sudan Selatan. Sebuah agensi berita memetik enam individu yang mengetahui perkara itu melaporkan bahawa Israel sedang berbincang dengan Sudan Selatan untuk menempatkan semula rakyat Palestin dari Gaza di negara Afrika Timur itu. “Tentera Israel telah mengebom Bandaraya Gaza dalam beberapa hari kebelakangan ini menjelang rancangan pengambilalihan wilayah…

Read More

Hanya sepetang jika mahu genosid

BAITULMUQADDIS – Tentera Israel hanya memerlukan satu petang jika mahu melakukan genosid atau penghapusan etnik di Gaza, kata Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu. Kenyataan angkuh itu dinyatakannya ketika tuduhan masyarakat antarabangsa terhadapnya semakin memuncak ketika kebuluran di Gaza meningkat ke tahap merbahaya. Dalam satu sidang media, pemimpin itu menafikan tuduhan sengaja membiarkan orang awam kebuluran, malah secara konsisten menafikan dakwaan tenteranya melakukan pembunuhan beramai-ramai di wilayah itu. Beliau sebaliknya menyalahkan Hamas sebagai punca segala masalah dan mereka harus bertindak bagi mengakhiri perang. Tegas beliau, usaha gencatan senjata di Gaza kini hanya…

Read More