11 maut, Israel terus membedil Gaza

KAHERAH – Sekurang-kurangnya 11 orang, terbunuh selepas pesawat dan kereta kebal Israel terus membedil kawasan timur bandar Gaza sepanjang malam tadi.

Serangan itu berlaku ketika pemimpin Hamas, Khalil Al-Hayya, tiba di sini  untuk menghadiri rundingan bagi menghidupkan semula pelan gencatan senjata disokong Amerika Syarikat (AS).

Pegawai Hamas, Taher al-Nono, berkata mesyuarat dengan pegawai Mesir dijadual bermula hari ini, menumpukan kepada beberapa agenda mustahak

Ia akan menumpukan usaha menghentikan peperangan, menyalurkan bantuan dan mengakhiri penderitaan rakyat kami di Gaza.

Sementara itu, pelan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, untuk memperluas kawalan ketenteraan di Gaza yang dijangka dilancarkan Oktober ini terus meningkatkan bantahan global yang semakin lantang.

Masyarakat antarabangsa bimbang akan kemusnahan besar-besaran, pemindahan paksa penduduk dan kebuluran berleluasa dalam kalangan 2.2 juta penduduk Gaza. menumpukan usaha menghentikan peperangan, menyalurkan bantuan dan mengakhiri penderitaan rakyat kami di Gaza.

Pada masa sama, pelan itu turut mengundang kritikan di Israel apabila ketua staf angkatan tenteranya sendiri memberi amaran ia berisiko membahayakan nyawa tebusan masih hidup selain menjadi perangkap maut kepada tentera rejim Zionis.

Ia turut mencetuskan kebimbangan akan berlaku pemindahan penduduk besar-besaran dan tekanan berterusan membabitkan kira-kira sejuta rakyat Palestin di bandar Gaza.

Sementara itu di Baitulmuqaddis, lima negara menggugurkan sejumlah 97 bungkusan makanan dari udara ke Gaza ketika kebuluran teruk melanda wilayah terkepung itu.

Menurut tentera Israel, bungkusan itu dihantar oleh Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Jerman, Belgium, Perancis dan Itali sambil menyatakan bahawa penghantaran itu dibuat ‘selaras dengan arahan pimpinan tertinggi politik’.

Pihak tentera berkata pengguguran udara itu dijangka diteruskan dengan kerjasama negara luar.

Related posts

Leave a Comment