Akmal batal kelas pasang bendera

SEPANG 12 Ogos – Kelas pasang Jalur Gemilang yang dirancang Ketua Pemuda UMNO Dr Akmal Saleh dibatalkan memandangkan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke memasang bendera gergasi di kedai perkakas di Kepala Batas, Pulau Pinang. Dr. Akmal juga memaklumkan beliau akan turun ke Pulau Pinang mengunjungi kedai perkakas kontroversi berkenaan pada petang Khamis ini bagi meninjau Jalur Gemilang gergasi yang  dipasang Anthony Loke. Beliau dalam video dimuat naik di Facebooknya pada Selasa juga sangat teruja untuk bersama-sama DAP Pulau Pinang mengedarkan Jalur Gemilang di lokasi berkenaan. “Saya nak ucapkan terima kasih…

Read More

DAP taja bendera besar, sedia edar 831 Jalur Gemilang

SEPANG 12 Ogos – DAP menaja Jalur Gemilang gergasi di hadapan sebuah kedai di Kepala Batas, Pulau Pinang untuk tontonan umum, sebagai menunjukkan ia telah dipasang dengan betul, kata Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook. Pada masa yang sama,  DAP Pulau Pinang juga akan mengedarkan 831 helai Jalur Gemilang percuma sebagai tanda semangat perpaduan sempena Hari Kemerdekaan sekiranya ada pihak yang cuba mengganggu ketenteraman di kawasan kedai itu. Katanya, tindakan DAP itu adalah untuk menangani pihak kurang matang yang dianggap cuba membuli dengan parti menunjukkan kewarasan berfikir yang lebih tinggi…

Read More