WASHINGTON – TikTok diberi lanjutan masa selama 90 hari lagi oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, untuk mencari pembeli bukan dari China,
Ini adalah, kali ketiga Trump menangguhkan larangan terhadap aplikasi popular dari China itu yang sebelum ini berulang kali, menyatakan beliau tidak mahu TikTok menghentikan operasinya secara tiba-tiba.
Sebelum ini, undang-undang persekutuan AS mengarahkan TikTok dijual atau diharamkan atas alasan keselamatan negara. Ia dijadual berkuat kuasa sehari sebelum majlis angkat sumpah Trump pada Januari lalu.
Setiausaha Akhbarnya, Karoline Leavitt berkata, Trump akan menandatangani satu lagi Perintah Eksekutif minggu ini bagi membolehkan TikTok terus beroperasi.
“Lanjutan selama 90 hari ini akan digunakan oleh pentadbiran beliau untuk memastikan urus niaga penjualan aplikasi itu dimuktamadkan supaya rakyat AS boleh terus menggunakan TikTok dengan jaminan bahawa data mereka kekal selamat dan terjamin,” katanya dalam kenyataan.
Trump yang bergantung kepada media sosial dalam kempen pemilihan 2024, pernah menyuarakan minatnya terhadap aplikasi itu.
Beliau juga berulang kali menyatakan kebimbangan terhadap keselamatan TikTok dan yakin pembeli yang sesuai dapat ditemui bagi operasi aplikasi itu di negaranya.
Larangan asal terhadap TikTok dilaksanakan pada 19 Januari lalu, iaitu sehari sebelum Trump mengangkat sumpah sebagai presiden, susulan kebimbangan terhadap keselamatan negara dan dakwaan aplikasi itu dikawal kerajaan China, namun ByteDance tidak mengambil langkah mencari pembeli ketika itu.
Trump kemudian mengumumkan penangguhan selama 75 hari terhadap larangan berkenaan selepas memulakan penggal pentadbirannya dan lanjutan kedua pula berakhir pada 19 Jun.
Antara penyelesaian yang dilaporkan sedang dipertimbang termasuk cadangan supaya pelabur AS sedia ada dalam ByteDance memindahkan pegangan mereka ke dalam entiti baharu TikTok global yang bebas.
Pelabur tambahan dari AS, termasuk syarikat teknologi Oracle dan firma ekuiti persendirian Blackstone, turut dikatakan akan terbabit bagi mengurangkan pegangan ByteDance dalam TikTok baha
