Andalusia tempah 70,000 tiket Saudia RM248.5 j

KUALA LUMPUR 22 Mei  – Syarikat pengendali haji dan umrah, Andalusia Travel & Tours Sdn.Bhd. (Andalusia Travel) bersedia menawarkan 70,000 tiket penerbangan Saudi Airlines (Saudia) kepada jemaah yang ingin menunaikan umrah bagi musim 1447H. Pengarah dan Penasihat Undang-Undang Andalusia Travel, Ida Riswana Idris, berkata, tawaran itu adalah susulan kontrak pembelian tiket atau tempat duduk penerbangan Saudia yang bernilai RM248.5 juta. “Andalusia memilih Saudia sebagai rakan strategik kerana pelbagai kelebihan yang ditawarkan kepada jemaah” katanya pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Andalusia dan Saudia di sini hari ini.. Pada majlis…

Read More

Menang, kalah tetap bersama bina kekuatan Keadilan

SEPANG 22 Mei – Demi memperkukuh parti, Nurul Izzah Anwar sedia bekerjasama dengan Rafizi Ramli sekiranya diberi amanah sebagai Timbalan Presiden PKR yang kini disandang oleh Menteri Ekonomi itu. Menurut Nurul Izzah, jika sebaliknya mandat itu kekal kepada Rafizi, beliau akan tetap bersama sebagai anggota biasa mendukung usaha membina Keadilan yang lebih kuat dan bersatu. “Apapun yang berlaku pada 23 Mei ini – pertalian sahabat antara kita kekal sampai bila-bila, beserta kenangan saat-saat manis terpaksa bermasam muka secara bersama dalam menghadapi Tun Mahathir Mohamad yang mahukan semua kerusi selamat,” katanya…

Read More

32,566 pengundi baharu sepanjang April

PUTRAJAYA 21 Mei – Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan April Tahun 2025 (DPT BLN4/2025) boleh dibuat dalam tempoh 30 hari bermula hari ini hingga 19 Jun depan, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak. DPT BLN4/2025 yang diperaku dan diwartakan hari ini mengandungi 32,566 nama warganegara berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 30 April 2025 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu. Selain itu Ikmalrudin berkata, ia turut mengandungi 13,058 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 2,016 orang pemilih bertukar kategori…

Read More