Day: May 18, 2025
Cadang persidangan bina semula Gaza
BAGHDAD – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, pada Sidang Kemuncak Liga Arab Ke-34, semalam menggesa negara-negara Arab mengguna pakai pelan bersama bagi menamatkan perang Israel yang berterusan ke atas Gaza. Abbas turut mencadangkan satu persidangan antarabangsa diadakan di Kaherah bagi membiayai dan melaksanakan pembinaan semula Gaza yang menurutnya tidak lagi boleh didiami ketika ini. Beliau turut menyatakan kesediaan untuk mengadakan Pilihan Raya Presiden serta badan perundangan pada 2025, sebaik saja syarat-syarat yang sesuai diwujudkan di Tebing Barat, Gaza dan Baitulmuqaddis. Persidangan dihoskan oleh Iraq untuk kali pertama sejak 2012 itu diadakan…
Read MoreFilipina pantau Covid-19
MANILA – Jabatan Kesihatan (DOH) Filipina sedang “aktif memantau” jangkitan Covid-19 di Asia Tenggara susulan peningkatan kes yang dilaporkan di beberapa bahagian rantau itu. Menurut DOH, pihaknya aktif berkoordinasi melalui mekanisme yang telah ditetapkan seperti ASEAN. “Ini memberi kami maklumat yang disahkan, meningkatkan kesiapsiagaan walaupun kami tidak melihat sebarang sebab untuk bimbang,” kata DOH dalam satu kenyataan. DOH turut menegaskan komitmennya untuk memastikan orang ramai dimaklumkan dan akan menyediakan maklumat terkini secara tepat pada masanya sekiranya keadaan berubah. Sehingga 3 Mei 2025, DOH melaporkan penurunan sebanyak 87 peratus dalam kes…
Read More