KUALA LUMPUR 12 April – Putra mengecam tindakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mengumumkan dana untuk projek pembangunan di kawasan Parlimen Tapah menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Ayer Kuning pada
Ketua Penerangannya, Shahrulufti Sharif berkata, tindakan itu jelas perbuatan tidak bermoral yang cuba meraih undi melalui projek dan ini adalah perbuatan terkutuk dan cakap tidak serupa bikin.
“Malunya Kerajaan Madani. Tindakan ini melanggar prinsip ketelusan dan integriti dalam pengurusan dana awam menjelang PRK Ayer Kuning, menjejaskan proses ketelusan demokrasi yang bersih dan bermoral,” katanya dalam satu kenyataan.
Putra menyifatkan pengumuman itu mengundang kecurigaan dan menimbulkan persepsi negatif tentang pengaruh politik dalam proses pilihan raya. Ini merupakan pelanggaran serius terhadap prinsip demokrasi yang adil dan bersih.
Justeru Putra mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas terhadap perbuatan yang mencemarkan etika dan melanggar proses pilihan raya yang bersih.
Putra komited bersuara terhadap apa saja bentuk rasuah, secara langsung atau tidak langsung yang melanggar prinsip moral dan undang-undang demi keadilan dan keredhaan Allah swt utk rakyat memilih pemimpin secara bersih dan berakhlak.
Kor Ming pada Program Sentuhan Kasih 3.0 di Tapah Road, Khamis lalu mengumumkan peruntukan melibatkan 33 projek di seluruh Parlimen Tapah termasuk kawasan DUN Ayer Kuning.
Projek-projek Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan peruntukan sebanyak RM6.13 juta itu termasuk menaik taraf tandas awam dan pembangunan infrastruktur.
Susulan kenyataan itu, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menyelar tindakan itu sambil menyifatkan penyaluran dana dan projek pembangunan ke kawasan yang sedang berdepan pilihan raya adalah satu bentuk penyalahgunaan sumber kerajaan.
Jawatankuasa Pemandu Bersih dalam kenyataannya berkata, penyaluran dana dan projek pembangunan ke kawasan yang sedang berdepan pilihan raya adalah satu bentuk penyalahgunaan sumber kerajaan.
Tindakan seperti ini bercanggah dengan prinsip pilihan raya yang adil dan bersih dan lebih mengecewakan, ia dilakukan oleh pemimpin yang sebelum ini pernah mengkritik amalan sama ketika menjadi pembangkang.
Untuk rekod, pada PRK DUN Sungai Bakap pada 2024,.Kor Ming juga mengumumkan peruntukan hampir RM18 juta dalam majlis Sentuhan Kasih, menjelang PRK DUN Sungai Bakap. pada 6 Julai.
Susulan itu, Gerakan mengecam tindakan Kor Ming yang mengumumkan peruntukan hampir RM18 juta dalam majlis Sentuhan Kasih, menjelang PRK DUN Sungai Bakap pada 6 Julai.
Nnnn
