Israel beri amaran kepada Lubnan

BEIRUT – Israel memberi amaran pihaknya akan menyerang mana-mana lokasi di Lubnan yang dianggap sebagai ancaman, selepas serangan udara dari Lubnan mendorongnya mengebom Beirut.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dalam satu kenyataan berkata, Israel akan terus menguatkuasakan gencatan senjata dengan kekerasan dan menyerang di mana-mana lokasi di Lubnan khususnya jika wujud ancaman kepada Israel.

Sejak gencatan senjata, Israel terus melancarkan serangan udara yang sering membawa maut di selatan dan timur Lubnan, dengan mendakwa ia menyasarkan sasaran ketenteraan Hizbullah yang melanggar perjanjian itu.

Bagaimanapun, serangan yang dilakukan semalam itu adalah yang pertama di pinggir selatan Lubnan sejak gencatan senjata dilaksanakan,  selepas tentera Israel memberi amaran kepada penduduk supaya segera berpindah dari kawasan itu.

Tentera Israel menyatakan serangan itu menyasarkan tapak yang digunakan untuk menyimpan dron oleh Unit Udara (127) Hizbullah di kawasan Dahieh iaitu kubu kuat kumpulan berkenaan.

Ini adalah serangan pertama Israel sejak gencatan senjata selama empat bulan dengan Hizbullah.

Perdana Menteri Lubnan, Nawaf Salam, menyifatkan serangan itu sebagai satu peningkatan bahaya, manakala Presiden Perancis, Emmanuel Macron, berkata ia adalah satu pelanggaran gencatan senjata yang tidak boleh diterima.

Related posts

Leave a Comment