Kadar dividen Konvensional, Shariah sama

KUALA LUMPUR 1 Mac – Kadar dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk 2024 lebih tinggi dan buat kali pertama sama rata iaitu 6.30 peratus (%) bagi kedua-dua jenis simpanan, Konvensional dan Shariah. Jumlah keseluruhan agihan untuk tahun 2024 adalah sebanyak RM73.24 bilion iaitu RM63.05 bilion bagi Simpanan Konvensional manakala bagi Simpanan Shariah, membabitkan agihan berjumlah RM10.19 bilion. Pada tahun sebelumnya, KWSP membayar dividen 5.5% untuk simpanan Konvensional, manakala 5.4% untuk simpanan Shariah membabitkan agihan pendapatan untuk tahun 2023 sebanyak RM57.81 bilion. Dividen bagi 2022 sebanyak 5.35% bagi simpanan Konvensional…

Read More

Video AI impian Trump untuk Gaza dikecam

WASHINGTON – Perkongsian video ciptaan kecerdasan buatan (AI) mengenai pelan pembangunan Donald Trump untuk Gaza menerima kecaman di platform Truth Social milik Presiden Amerika Syarikat (AS) itu. Antara lain klip video itu memaparkan Trump menikmati minuman bersama Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dengan hanya berseluar mandi di Gaza, dalam gambaran masa depan wilayah Palestin yang musnah akibat perang Israel-Hamas. Video itu menunjukkan visi komputer mengenai rancangan pembangunan hartanah Trump untuk Gaza, di mana beliau menyatakan hasrat untuk ‘membersihkan’ kira-kira dua juta penduduknya. Trump menamakan sebagai pelan itu sebagai ‘Riviera Asia…

Read More

Pemimpin bertelagah di White House

WASHINGTON – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy dan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bertelagah mengenai perang dengan Rusia dalam pertemuan kedua-dua pemimpin itu di White House. Zelenskyy berada di Washington bagi menyaksikan pemeteraian perjanjian mineral yang dicadangkan antara Ukraine dan AS, selain berharap pertemuan tersebut dapat meyakinkan Washington untuk tidak memihak kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin, yang mengarahkan pencerobohan ke atas Ukraine tiga tahun lalu. Namun, perbincangan bertukar tegang apabila kedua-dua pemimpin berbalas kata-kata pedas di hadapan media antarabangsa. Trump sebelum ini menyatakan bahawa perjanjian itu berupaya menjadi cara bagi…

Read More