LRANAU 25 Feb. – Ketua Menteri, Hajiji Noor menegaskan kenyataannya sebelum ini mengenai mandat daripada rakyat adalah atas keyakinan kerajaan pimpinannya akan kembali memerintah Sabah selepas Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17). Beliau menyifatkan tindakan parti lawan memperlekeh kenyataan itu, seolah-olah menggambarkan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pimpinannya gagal, tidak lebih hanya sebagai mainan kata-kata. “Ada juga pemimpin cakap kalau kita minta mandat balik kepada rakyat, mereka cakap macam- macam, bermain dengan kata-kata. Sayapun tidak faham, kita cakap bagus mereka cakap lain. “Kalau kita cakap bahawa pencapaian kerajaan hari ini begitu…
Read MoreDay: February 25, 2025
24 juta kampit BPT di pasaran mulai 1 Mac
PUTRAJAYA 25 Feb. – Sebanyak 24 juta kampit Beras Putih Tempatan (BPT) bersubsidi pada harga RM26 bagi pek 10 kilogram (kg) akan mula dijual dalam pasaran di seluruh Semenanjung mulai 1 Mac ini. Bagaimanapun BPT itu hanya akan dijual kepada 400,000 keluarga miskin sahaja dengan dua pek bagi setiap ketua isi rumah (KIR) mengikut tatacara ditetapkan. Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras, Datuk Badrul Hisham Mohd, berkata sebanyak 24 juta kampit akan mula dijual menerusi projek rintis untuk tempoh enam bulan itu dengan menyasar 400,000 KIR miskin, termasuk 77,000…
Read MoreRUU PSB : Tidak timbul isu pengusiran
KUALA LUMPUR 26 Feb.- Tidak timbul sama sekali isu pemilik asal hartanah tanpa mengira kaum akan diusir daripada pemilikan tanah atau premis secara paksa di bawah cadangan Rang Undang-undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB). Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, status tanah yang asal juga tidak akan berubah sama ada rizab Melayu atau status kekal, malah kerajaan akan memastikan setiap pemilik asal hartanah memahami hak dan perlindungan yang diberikan. Katanya, dalam mana-mana negara yang pesat membangun, muncul bandar yang kian berkembang dan sudah tentu ada bangunan yang tidak selamat, sesak dan…
Read More18 kes DNAA libatkan VIP, VVIP
KUALA LUMPUR 25 Feb. – Sebanyak 18 kes dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) membabitkan orang kenamaan (VIP) direkodkan antara 2018 hingga 2024, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said. Katanya, bilangan tertinggi direkodkan masing-masing pada 2023 dan 2020, iaitu lima kes DNAA dalam kalangan VIP atau VVIP, selain tiga kes pada 2019, dua kes tahun lalu dan 2018 dan satu kes pada 2021. Beliau memberitahu, keputusan melepas tanpa membebaskan adalah selaras Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan yang mana Peguam Negara hendaklah mempunyai kuasa untuk…
Read MoreBerita pilihan…
Pendudukan Tebing Barat secara paksa
JENIN – Kepungan luar biasa kereta kebal Israel di Tebing Barat yang diduduki mungkin salah satu langkah ke arah penggabungan haram wilayah itu, demikian dakwa Kumpulan Pejuang Palestin, Jihad Islam. Kumpulan pejuang itu berkata, pemindahan besar-besaran dan penempatan pertama kereta kebal Israel di wilayah itu sejak awal 2000-an ‘mengesahkan rancangan pendudukan untuk Tebing Barat secara paksa’. Menurut kumpulan itu lagi, Israel cuba untuk mengukuhkan penguasaan tentera dengan mewujudkan koridor penempatan yang mengukuhkan pemisahan bandar Tebing Barat dan kem mereka. Malah, kumpulan yang turut bertempur bersama Hamas di Gaza dan mempunyai…
Read MoreAS sokong negara penceroboh
NEW YORK – Amerika Syarikat (AS) bersama Rusia mengundi menentang resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mengutuk perang Rusia terhadap Ukraine. Keputusan AS menolak resolusi yang disokong Ukraine dan negara-negara Eropah itu meletakkan Washington dalam kedudukan bertentangan dengan sekutu tradisionalnya di Eropah. Langkah ini dibuat ketika pentadbiran Presiden Donald Trump meneruskan rundingan dengan Moscow bagi menamatkan peperangan, di samping meningkatkan tekanan retorik terhadap Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky. Resolusi tersebut tetap diluluskan Perhimpunan Agung PBB dengan 93 undi menyokong. Dokumen itu menyatakan kebimbangan terhadap peperangan yang telah berlarutan selama…
Read More