Agih kerusi ambil kira kekuatan

KUALA LUMPUR 25 Nov. –  Pembahagian kerusi melibatkan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) perlu dilakukan dengan strategi berhemah. Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Arshad Hassni berkata, ia mengambil kira kekuatan dan pengaruh masing-masing di kawasan tertentu. “UMNO dan BN misalnya memiliki peranan penting untuk terus memperkukuhkan sokongan di kawasan majoriti Melayu sebagaimana yang dibuktikan melalui keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri dan  Mahkota. Sementara PH komited memastikan kemenangan di Wilayah Persekutuan (WP) dan kawasan lain di mana sokongan pengundi kepada PH masih…

Read More

Kecoh isu bahasa, cadang tukar Menteri MOTAC

KUALA LUMPUR 25 Nov. – Dewan Rakyat kecoh apabila seorang Ahli Parlimen pembangkang membangkitkan mengenai kenyataan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya,  Tiong King Sing berhubung isu penguatkuasaan peraturan papan tanda dwibahasa oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) ketika membangkitkan perkara itu mengakui amat kecewa dan terkejut dengan kenyataan dibuat King Sing yang disiarkan beberapa media itu, selain Chow Yu Hui (PH-Raub) yang turut menyentuh isu sama ketika berbahas hari ini. Malahan sebelum menamatkan ucapan perbahasannya, wakil rakyat Bersatu itu mencadangkan kepada Kerajaan Madani supaya menukar…

Read More

Dua ADUN Bersatu diganti Exco baharu

ARAU 25 Nov. – Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis daripada Bersatu digugurkan sebagai Exco manakala tiga ADUN daripada Perikatan Nasional (PN) dilantik sebagai Exco bagi penggal baharu. Wan Zikri Afthar Ishak (PN Tambun Tulang) digugurkan sebagai Exco  Pembangunan Belia dan Kemajuan Sukan, Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan Wilayah Ekonomi Baharu, Pemerkasaan Usahawan dan Ekonomi Kreatif negeri. Turut digugurkan, Exco Kesihatan, Kebajikan dan Pengurusan Bencana, Sains, Teknologi, Inovasi dan Teknologi Hijau, Alam Sekitar dan Perpaduan, Megat Hashirat Hassan yang juga ADUN Pauh dan bekas pemangku Ketua Bersatu…

Read More

Anwar tidak guna dana syarikat swasta

KUALA LUMPUR 25 Nov. –  Anwar Ibrahim menjelaskan beliau tidak menggunakan dana syarikat swasta untuk lawatan kerjanya ke empat negara sebelum ini. Sebaliknya, Perdana Menteri berkata, sebanyak RM1.6 juta dibelanjakan menggunakan wang kerajaan sepenuhnya bagi menampung kos penerbangan delegasi. “Saya tidak guna dana syarikat swasta. Kerajaan guna penerbangan MAS (Malaysia Airlines) untuk lawatan empat negara dengan kos RM1.6 juta. Ini guna wang kerajaan sepenuhnya. “Baki tempat duduk ditawarkan kepada syarikat swasta yang sememangnya akan pergi ke negara-negara terbabit untuk tujuan pelaburan atau usaha sama. Syarikat ini bayar kos masing-masing berjumlah…

Read More

Khidmat feri rugi RM14 juta setahun

TANJONG 25 Nov. – Perkhidmatan feri mengalami kerugian tahunan sekitar RM14 juta disebabkan kos perkhidmatan melebihi jumlah kutipan tiket, kata  Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri Zairil Khir Johari. Beliau berkata meskipun menghadapi kerugian,Penang Port Sdn Bhd (PPSB) tetap melaksanakan pembaharuan dan penambahbaikan berterusan untuk memastikan perkhidmatan feri yang terbaik kepada pengguna. “Untuk gambaran kasar, kutipan tiket perkhidmatan feri hanya dapat menampung lebih kurang 35 peratus daripada kos perbelanjaan operasi feri,” kata Zairil pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini. Beliau berkata antara faktor penyumbang kepada…

Read More

Greenpeace kritik perjanjian COP29

BAKU – Pertubuhan iklim global, Greenpeace mengkritik perjanjian yang dicapai pada Persidangan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) , dengan menuduh perunding  tunduk kepada kepentingan negara pengeluar minyak. Ketua delegasi Greenpeace mengenai perbincangan COP29, menyifatkan perjanjian agar negara kaya menyediakan AS$300 bilion kepada negara miskin untuk keperluan iklim mereka sebagai “sangat tidak mencukupi”. Justeru beliau dan yang lain akan menantikan COP30, persidangan tahun depan di Belem, Brazil, bagi memperbaiki perjanjian itu. Pakar politik iklim Greenpeace, Tracy Carty berkata matlamat pembiayaan itu tidak memberikan sebarang jaminan pinjaman atau pembiayaan swasta yang akan…

Read More

AS$1.3 trilion setahun tangani perubahan iklim

BAKU – Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP29) di Azerbaijan bersetuju untuk menyediakan sekurang-kurangnya AS$1.3 trilion setiap tahun sehingga 2035 bagi membantu negara miskin memerangi perubahan iklim. Sekurang-kurangnya AS$300 bilion akan disalurkan daripada negara yang kebanyakannya negara industri. Dana itu bertujuan membantu negara membangun meningkatkan perlindungan iklim dan menyesuaikan diri dengan kesan buruk pemanasan global, seperti kemarau, ribut dan banjir yang semakin kerap. Pada masa ini, negara industri yang lama wujud menggerakkan lebih daripada US$100 bilion setiap tahun untuk bantuan iklim. Bagaimanapun, menurut kumpulan pakar bebas PBB, keperluan untuk…

Read More

Kepakaran jurutera bangunkan 3 projek utama

KUCHING 24 Nov. – Kepakaran jurutera dalam pelbagai bidang diperlukan bagi membantu Sarawak membangunkan tiga projek utama dengan suntikan RM100 bilion yang dirancang bermula tahun hadapan hingga 2030. Premier Sarawak, Abang Johari Openg berkata, tiga projek strategik itu adalah , pelabuhan laut dalam, lapangan terbang antarabangsa baharu dan pembangunan infrastruktur elektrik, air dan telekomunikasi. Katanya, khidmat pakar dalam bidang kejuruteraan amat diperlukan dalam bersama-sama menjayakan projek bagi tempoh lima tahun ini malah dijangka memakan masa melebihi tempoh berkenaan. “Banyak kerja kejuruteraan diperlukan, seperti jurutera hidraulik yang benar-benar mahir dalam bidang…

Read More