Sediakan laporan terperinci tajaan lawatan

SEPANG 22 Nov. – Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) menggesa kerajaan menyediakan laporan terperinci berhubung penajaan perjalanan dan kos lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara baru-baru ini. Presidennya, Jais Abdul Karim berkata, butiran yang perlu ada dalam laporan termasuklah syarikat yang menaja beserta nilai dan jenis tajaan yang diberikan. Sambil mengiktiraf usaha untuk menguruskan perbelanjaan dengan lebih cekap, Jais berkata, laporan berkenaan wajar dikongsikan secara terbuka kepada rakyat untuk memastikan kepercayaan masyarakat terhadap integriti pentadbiran kerajaan. “MCW berpandangan bahawa wujud potensi konflik kepentingan apabila syarikat swasta…

Read More

Pemuda UMNO bantah kerja 45 jam seminggu

KUALA LUMPUR 23 Nov. – Pergerakan Pemuda UMNO membantah pelaksanaan penyelarasan waktu bekerja bagi sektor awam daripada 42 jam seminggu kepada 45 jam seminggu, kata Ketuanya, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh. Beliau berkata, pihaknya bimbang keputusan itu akan memberi kesan kepada kakitangan bekerja secara syif termasuk di sektor keselamatan dan kesihatan yang membabitkan ribuan pekerja di seluruh negara. Katanya, sebagai petugas barisan hadapan yang menjaga kesihatan dan keselamatan rakyat, mereka sentiasa berdepan dengan cabaran berat dengan melaksanakan tugas tanpa henti, termasuk lewat malam, hujung minggu dan cuti umum bagi memastikan…

Read More

Siasatan ke atas Daim, keluarga diteruskan

PUTRAJAYA 22 Nov. – Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadapbekas Menteri Kewangan, Allahyarham Daim Zainuddin masih diteruskan. Menurut kenyataan SPRM, pada Februari 2023, pihaknya membuka beberapa kertas siasatan berdasarkan maklumat yang ditemui dalam Pandora Papers. Siasatan ke atas maklumat dalam Pandora Papers itu membawa kepada siasatan terhadap Kementerian Kewangan ketika Daim memegang jawatan sebagai menteri. “Seperti yang dinyatakan dalam Kenyataan Media SPRM bertarikh 30 Disember 2023, satu notis di bawah Seksyen 36(1)(a) Akta SPRM 2009 dikeluarkan kepada Daim pada 7 Jun 2023. Notis ini mengkehendaki beliau mengisytiharkan semua aset…

Read More

52 lagi korban Israel di Lubnan

BEIRUT – Sebanyak 52 lagi terkorban dalam serangan udara Israel di bahagian timur dan selatan negara terutama di selatan Beirut, semalam. Serangan Israel yang menyasarkan daerah Baalbek di Lembah Bekaa, timur Lubnan, mengorbankan 40 orang serta mencederakan 52 yang lain. Kementerian Kesihatan turut melaporkan tujuh maut dan 24 cedera dalam serangan Israel di daerah Nabatiyeh di selatan Lubnan, selain lima maut serta 26 cedera ketika serangan di lokasi lain di selatan negara itu. Pada masa sama, Hizbullah mendakwa kumpulannya melancarkan serangan paling jauh ke dalam wilayah Israel dalam tempoh lebih…

Read More

Susuli waran tangkap dengan sekatan

ATHENS – Pergerakan antarabangsa yang mempromosikan boikot, penarikan pelaburan dan sekatan ekonomi (BDS) terhadap Israel menyifatkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan negara itu sebagai langkah kritikal untuk pemimpin Israel bertanggungjawab atas perang Palestin. Walaupun terlewat, waran dikeluarkan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) perlu disusuli dengan mengenakan sekatan sasaran ke atas Israel, termasuk embargo ketenteraan yang menyeluruh, bagi menghentikan jenayah dan kekebalan yang dinikmati oleh Israel. “Semua negara pihak kepada Statut Rom, termasuk negara yang bersubahat seperti Jerman dan United Kingdom, kini wajib melaksanakan…

Read More