Day: November 17, 2024
Buat deklarasi untuk bukan Melayu
KUALA LUMPUR 17 Nov. – Gerakan mengesyorkan Perikatan Nasional (PN) membuat satu deklarasi untuk bukan Melayu dalam usaha mengubah persepsi, ketakutan dan kebimbangan mereka terhadap gabungan parti itu. Presiden Gerakan, Dr Dominic Lau, mendakwa masyarakat bukan Melayu ketika ini bimbang dan khuatir terhadap Pas yang menjadi blok parti Melayu terbesar dalam PN serta mempunyai bilangan kerusi terbanyak di Parlimen. “Kita boleh buat satu deklarasi kepada bukan Melayu, memang bukan Melayu sekarang takut, bimbang dan khuatir, sebab Pas menjadi kuat. Oleh itu, kita boleh buat satu deklarasi. “Bersatu membela hak orang…
Read MoreBerita pilihan…
Penduduk gesa campur tangan antarabangsa
GAZA – Penduduk Palestin di Tebing Barat menggesa campur tangan antarabangsa untuk menghentikan serangan peneroka haram Yahudi yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini untuk merampas penempatan mereka. Dalam serangan terbaharu semalam, sekurang-kurangnya 43 rakyat Palestin terbunuh sementara penyerang Israel yang bertopeng bertindak membakar rumah dan kenderaan milik penduduk di perkampungan Beit Furik, berhampiran Nablus. Di Beirut, dua lagi paramedik terbunuh dalam serangan dron Israel di Nabatieh, selatan Lubnan ketika tercetusnya kemarahan susulan kematian sekurang-kurangnya 12 anggota penyelamat dalam serangan udara ke atas pusat pertahanan awam. Hizbullah melancarkan puluhan peluru berpandu…
Read MoreKubu Hizbullah terus jadi sasaran
LUBNAN – Israel terus melancarkan serangan udara ke atas kubu kuat Hizbullah di Beirut dan selatan Lubnan sejak semalam walaupun pegawai Lubnan menyatakan mereka sedang mengkaji cadangan gencatan senjata dari Amerika Syarikat (AS). Seorang pegawai kanan kerajaan di Beirut berkata kajian itu merangkumi cadangan 13 perkara untuk menghentikan konflik Israel-Hizbullah yang dibentangkan Jumaat lalu oleh Duta AS, Lisa Johnson. Cadangan itu termasuk gencatan senjata selama 60 hari, di mana Lubnan akan menempatkan tenteranya di sempadan. Bagaimanapun , tambah pegawai itu, Israel masih belum memberi maklum balas kepada perancangan terbabit. Seorang…
Read More