Aiman Athirah Ketua Wanita PH

KUALA LUMPUR 14 Nov. – Ahli Parlimen Sepang Aiman Athirah Sabu, yang juga Ketua Wanita Amanah, kekal sebagai Ketua Wanita Pakatan Harapan (PH). Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu dipilih semula sebagai kesiapsiagaan jentera PH menghadapi pilihan raya akan datang. Tiga Timbalan Ketua Wanita PH pula adalah Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek; Ketua Wanita DAP, Teo Nie Ching dan Ketua Wanita Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Mohina Sidom. Jawatan Naib Ketua Wanita pula diisi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Temper, Anfaal Saari; Timbalan Ketua Wanita DAP merangkap Ahli…

Read More

11.1 juta pemegang unit ASB

KUALA LUMPUR 14 Nov. – Setakat 23 Oktober lalu, sebanyak 11.1 juta pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) direkodkan melabur dengan jumlah unit yang dilanggan sebanyak 173.8 bilion unit. Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying, berkata seramai 731,872 pemegang unit pula direkodkan melabur dalam Amanah Saham Malaysia (ASM), dengan jumlah unit yang dilanggan sebanyak 29.4 bilion unit. Menjawab soalan R Yuneswaran (PH-Segamat), beliau berkata, pelabur boleh melabur dengan jumlah maksimum 300,000 unit bagi ASB, manakala bagi ASM jumlah pelaburan maksimum tertakluk kepada peruntukan saiz dana. Sementara itu, menjawab soalan tambahan…

Read More

Tiga faktor sumbang kegagalan FashionValet

KUALA LUMPUR 14 Nov.  – Tiga faktor luar jangka menyebabkan kegagalan syarikat perniagaan fesyen dalam talian, FashionValet (FV) sehingga pelaburan disuntik Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengalami kerugian. Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan, berkata satu daripadanya disebabkan implikasi Covid -19 yang menghalang perniagaan fizikal FashionValet dan mengakibatkan pasaran untuk pakaian premium, termasuk tudung, merosot dengan ketara. Katanya , ketika FashionValet ingin mencapai aspirasi untuk menjadi platform membeli-belah pelbagai saluran, ia menambah bilangan kedai fizikal secara pesat. Bagaimanapun, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa Covid-19 menghalang perniagaan…

Read More

Ajaran GISB sesat, menyeleweng – MKI

KUALA LUMPUR 14 Nov. –  Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) memutuskan ajaran, fahaman dan pegangan ahli GISBH Holdings (GISBH) adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam. Pengerusinya, Datuk Nooh Gadot, berkata mesyuarat jawatankuasa itu yang bersidang pada 24 hingga 26 September lalu, yakin dan berpuas hati dengan hujah dan fakta yang dikemukakan oleh penyelidik mengenai GISBH. Beliau menjelaskan bahawa ajaran yang dibawa oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings (GISBH), Datuk Nasiruddin Mohd Ali dan pengikutnya atau mana-mana orang daripada syarikat, firma, pertubuhan, persatuan…

Read More

Kebuluran jika UNRWA dihalang

GAZA – Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) memberi amaran tentang kebuluran yang bakal melanda rakyat Palestin di Gaza jika bantuan tidak diberikan agensi itu. Menerusi hantaran di X, agensi PBB, yang kini berdepan larangan operasi oleh Israel dalam tempoh tiga bulan memetik kata-kata seorang ibu di Khan Younis, Gaza, Mahdia, penduduk di wilayah tersebut juga bakal menghadapi kepupusan. Katanya, operasi UNRWA adalah penting untuk memenuhi keperluan asas mereka yang telah kehilangan segala-galanya. Menurut hantaran itu lagi, Mahdia dilaporkan terpaksa berpindah untuk kali kelapan dan…

Read More

Biden, Trump bertemu di Rumah Putih

WASHINGTON – Donald Trump dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden, bertemu buat kali pertama di Rumah Putih sejak Trump memenangi pilihan raya Presiden AS pada minggu lalu. Dalam perrtemuan itu, kedua-duanya berjanji untuk melaksanakan pemindahan kuasa yang lancar pada Januari tahun depan. Menurut jurucakap Rumah Putih, Karine Jean-Pierre. mereka duduk bersebelahan di Pejabat Oval dalam suasana tenang, walaupun mereka yang hadir berkata ketegangan ‘boleh dirasai’ sepanjang pertemuan kira-kira dua jam itu. Bagaimanapun katanya, ia adalah pertemuan yang penuh makna di mana mereka membincangkan isu-isu keselamatan negara dan dasar domestik…

Read More

Siti Nurhaliza Biduanita Negara

KUALA LUMPUR 14 Nov. – Anugerah Khas Biduanita Negara bukan sekadar pengiktirafan terhadap kerjaya seni yang diceburi tetapi juga didedikasikan buat semua pejuang seni tanah air, kata penyanyi Siti Nurhaliza Tarudin. Penerima Anugerah Khas Biduanita Negara sempena Anugerah Seni Negara 2024 yang berlangsung di sini malam tadi  menzahirkan rasa syukur atas penganugerahan itu selepas hampir tiga dekad terlibat dalam bidang yang menjadi kecintaannya itu. Menurut Siti, 45, pengiktirafan diterima itu hadir dengan tanggungjawab yang cukup besar untuknya terus menabur bakti dalam bidang itu. “Pertama sekali, dengan penuh keinsafan dan rendah…

Read More

Lat penerima Anugerah Seniman Negara

KUALA LUMPUR 14 Nov. –  Lat atau nama sebenarnya Mohd Nor Khalid yang sinonim dengan kartun Kampung Boy menerima Anugerah Seniman Negara kesembilan yang disampaikan oleh Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah di sini malam tadi. Penganugerahan itu adalah sempena Majlis Anugerah Seni Negara (ASN) 2024 bagi menghargai penggiat seni tanah air yang memberi sumbangan besar dalam industri seni budaya negara. Lat menerima wang tunai sebanyak RM60,000, watikah, trofi dan sepersalinan pakaian kebangsaan. Beliau turut dianugerahkan status sebagai Seniman Tamu Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta insentif untuk meneruskan…

Read More