SHAH ALAM 17 Okt. – Polis Selangor melupuskan 1.99 tan metrik dan 267,711.02 liter pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM131.71 juta yang telah selesai kes mahkamah, melibatkan 5,894 kertas siasatan bagi tempoh 2009 hingga 2024. Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, dadah antaranya ketamin, syabu, heroin, pil ekstasi, pil kuda serta daun dan cecair ketum itu akan dilupuskan oleh Syarikat Kualiti Alam Sdn Bhd di Bukit Pelandok, Negeri Sembilan Usaha melumpuhkan aktiviti pengedaran dadah menyaksikan sebanyak 2,924 individu ditangkap sepanjang tempoh berkenaan dengan 37 daripadanya telah dijatuhkan hukuman…
Read MoreDay: October 17, 2024
Sabah putuskan ahli GISBH menyeleweng
KOTA KINABALU 17 Okt. – Majlis Fatwa Negeri Sabah memutuskan ajaran, amalan, pegangan dan fahaman ahli GISB Holdings (GISBH) dan rangkaian syarikat gabungannya adalah bercanggah serta menyeleweng daripada ajaran Islam. Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook hari ini, Majlis Fatwa itu mendapati tindakan ahli GISBH di negeri ini bertentangan dengan ajaran Islam yang berteraskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah al-Asyairah dan al-Maturidiah. Ketetapan itu, katanya, diputuskan pada Muzakarah Khas Majlis Fatwa Negeri Sabah Tahun 2024 yang bersidang pada 1 dan 2 Oktober lalu. Kenyataan itu menyebut,…
Read More96 mohon dapatkan anak-anak GISBH
KAJANG 17 Okt. – Sebanyak 96 permohonan diterima daripada ibu bapa yang mahu menuntut lebih 200 kanak-kanak yang diselamatkan dalam Op Global membabitkan GISB Holdings (GISBH). Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata ketika ini semua permohonan sudah diteliti dan pihaknya dalam proses untuk memohon kepada mahkamah untuk mengembalikan mereka kepada ibu bapa. “Apa yang kita lakukan adalah menjalankan penelitian dulu mungkin ada yang betul-betul ibu kerana ada juga yang berapa peratus itu anak yang tidak pernah melihat ibu mereka. “Sebab itu kami perlu pastikan mereka…
Read MorePurata 770 kanak-kanak hilang setahun
KUALA LUMPUR 17 Okt. – Dewan Rakyat hari ini diberitahu, purata 770 kes kanak-kanak hilang direkodkan setahun atau dua kes sehari. Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata sejak 2020 hingga September lalu, sebanyak 3,847 kęs kanak-kanak hilang direkodkan. Katanya, daripada 3,847 kes kanak-kanak hilang ini iaitu umur 18 tahun ke bawah, yang berjaya pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) jumpa semula adalah 96 peratus. “Maknanya, bagi setiap 100 hilang, 96 kita selamatkan dan yang meninggal dunia atau apabila jumpa, sudah mati, adalah 10 kes. Jadi yang baki itu kita klasifikasikan…
Read MoreShamsul Iskandar calar imej PMX
SEPANG 17 Okt. – Tindakan Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri Shamsul Iskandar Mohd Akin mendedahkan ‘pengorbanannya’ berhubung keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) telah mencalar imej Anwar Ibrahim. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, Anwar pula masih membisu terhadap dakwaan Shamsul Iskandar itu. “Shamsul adalah Ketua Setpol PMX. PMX macam merestui parti-parti dalam Kerajaan Madani mengkritik sesama sendiri,” kata Speaker Dewan Undangan Negeri Johor itu melalui Facebooknya. Terdahulu tular video Shamsul Iskandar mendakwa beliau diminta oleh Presiden PKR untuk tidak mencabar kemenangan tipis lawannya, Ahmad Zahid…
Read MoreBerita pilihan…
Elon Musk bantu Trump
PENNSYLVANIA – Hartawan Elon Musk menyalurkan kira-kira AS$75 juta atau kira-kira RM322 juta dana politik kepada kumpulan pro-Donald Trump dalam tempoh tiga bulan menjelang pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) bulan depan. Sumbangan dana politik itu menunjukkan pengaruh besarnya dalam menyokong kempen Trump sempena pilihan raya 5 November ini. Kumpulan ini, yang digelar sebagai America PAC, bertujuan untuk menggerakkan pengundi di negeri-negeri penting dan sudah membelanjakan sekitar AS$72 juta atau RM309 juta dalam tempoh ini. Musk, yang sebelum ini mengundi untuk Demokrat, kini telah mengalihkan sokongannya kepada Trump, dengan mengesahkan…
Read MoreDatuk Bandar terbunuh
NABATIEH: Datuk Bandar Nabatieh terbunuh bersama lima yang lain dalam serangan udara Israel di selatan Lubnan. Tentera Israel mendakwa menyerang puluhan sasaran Hezbollah di kawasan Nabatieh dan membongkar kubu yang disebut sebagai ‘infrastruktur bawah tanah’. Terdahulu, Kementerian Kesihatan Lubnan melaporkan lima terbunuh dalam serangan terhadap sebuah bangunan perbandaran. Katanya, usaha pembersihan serpihan akibat serangan masih dijalankan. Israel secara mendadak meningkatkan kempen udaranya terhadap Hezbollah di Lubnan sejak 23 September lalu dan kemudian melancarkan serangan darat seminggu kemudian. Perang di Lubnan mengorbankan 1,356 nyawa di negara itu sejak Israel meningkatkan pengeboman…
Read More