Pejabat diserang, 10 senjata api dilarikan

NARATHIWAT 23 Sept. – Sepuluh laras senjata api dilarikan sekumpulan lelaki bersenjata yang menyerang pejabat penjaga haiwan Perhutanan Hala Bala di daerah Weng di sini pada petang Sabtu lalu.

Ketua Polis Wilayah Narathiwat, Mejar Jeneral Maiteree Santayakul berkata dalam kejadian pada 6.30 petang waktu tempatan (21 September) itu, lebih 10 lelaki bersenjata menyerang pejabat itu dengan sasaran utama adalah senjata api.

Semua pegawai yang berada di pejabat penjaga haiwan semasa serangan itu telah diikat tangan dan kaki dan senjata api itu termasuk senapang patah dan pistol milik pejabat penjaga haiwan Perhutanan Hala Bala.

Maiteree berkata ketika polis menjalankan siasatan di tempat kejadian, dua butir bom tiba-tiba meletup, namun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Susulan itu, pihak polis memperketatkan kawalan keselamatan dan meningkatkan rondaan bagi memburu suspek yang melarikan senjata api berkenaan.

Related posts

Leave a Comment