Laluan Steven Sim sebagai KM Pulau Pinang

PELANTIKAN Steven Sim Chee Keong sebagai Pengerusi DAP Pulau Pinang bukanlah satu kejutan walaupun sebelum ini ada desas desus mengatakan Ahli Parlimen Tanjong, Lim Hui Ying bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan Chow Kon Yeow. Bagaimanapun Hui Ying masih bergandingan dengan Sim apabila adik bekas Ketua Menteri (KM) Pulau Pinang Lim Guan Eng itu dikekalkan sebagai Setiausaha. Pelantikan Pengerusi ditentukan oleh 15 Ahli Jawatankuasa DAP Pulau Pinang 2024-2027 yang memenangi pemilihan dan tidak semestinya mereka yang mempunyai jumlah undi tertinggi akan terpilih. Dalam pemilihan semalam, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh,…

Read More

Op global selamatkan dua beradik

KUALA LUMPUR 23 Sept. – Empat beradik berusia enam hingga 11 tahun di Tapah, Perak, yang terpisah dengan bapa mereka sejak 2021, diselamatkan polis melalui Fasa 4 Op Global bermula 21 September lalu. Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, berkata hasil semakan mendapati seorang daripada kanak-kanak terbabit adalah mangsa dipercayai dirotan oleh ahli GISB Holdings (GISBH) dalam rakaman video yang tular. Selain itu, beliau memaklumkan dalam perkembangan berasingan, seorang lagi kanak-kanak yang tular sebagai mangsa penderaan (dipijak) turut diselamatkan polis melalui operasi sama di Tapah. “Kanak-kanak terbabit kini berada dalam jagaan…

Read More

Perlu ada ketetapan, elak murid jadi ‘tikus makmal’

PUTRAJAYA 23 Sept. – Kementerian Pendidikan (KPM) perlu mendapatkan pandangan menyeluruh sebelum membuat keputusan mengembalikan semula Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3). Menterinya, Fadhlina Sidek, berkata kementerian tidak mahu murid sekolah dijadikan ‘tikus makmal’ dalam aspek pelaksanaan semula UPSR dan PT3 seperti yang dicadangkan pelbagai pihak. Justeru atas dasar itu, KPM perlu mendapatkan pandangan menyeluruh dan ia hendaklah dilihat dalam aspek yang lebih besar sebelum keputusan mengembalikan semula UPSR dan PT3 dimuktamadkan. Beliau berkata, perkara itu akan dibawa ke peringkat Jemaah Menteri untuk mendapatkan pedoman, namun…

Read More

KPM ambil alih pendidikan anak-anak GISB

PUTRAJAYA 23 Sept. – Anak-anak yang diselamatkan dari premis dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) akan diberikan pendidikan formal bagi memastikan mereka tidak tercicir dalam pembelajaran. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengambil alih urusan pendidikan anak-anak itu bermula 1 Oktober ini. “Alhamdulillah kita telah mendapat kerjasama sepenuhnya daripada semua pihak baik PDRM mahupun Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Anak-anak ini yang ditempatkan di beberapa rumah perlindungan, akan diberikan pendidikan formal berdasarkan modul modul khas yang pernah kita laksanakan sebelum ini,” katanya dalam sidang media selepas…

Read More

Pejabat diserang, 10 senjata api dilarikan

NARATHIWAT 23 Sept. – Sepuluh laras senjata api dilarikan sekumpulan lelaki bersenjata yang menyerang pejabat penjaga haiwan Perhutanan Hala Bala di daerah Weng di sini pada petang Sabtu lalu. Ketua Polis Wilayah Narathiwat, Mejar Jeneral Maiteree Santayakul berkata dalam kejadian pada 6.30 petang waktu tempatan (21 September) itu, lebih 10 lelaki bersenjata menyerang pejabat itu dengan sasaran utama adalah senjata api. Semua pegawai yang berada di pejabat penjaga haiwan semasa serangan itu telah diikat tangan dan kaki dan senjata api itu termasuk senapang patah dan pistol milik pejabat penjaga haiwan…

Read More

SOTF peluang reka bentuk semula tadbir urus

NEW YORK 23 Sept. –  Malaysia menyatakan sokongan terhadap penganjuran Sidang Kemuncak Masa Depan atau Summit of the Future (SOTF) dan penghasilan memorandum Pakatan untuk Masa Depan (Pact for the Future). Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ini adalah peluang untuk mereka bentuk semula tadbir urus global yang berkesan untuk masa kini dan masa depan susulan konflik dan cabaran yang terus menimpa dunia semakin mencabar dan berisiko membawa maut. Daripada ketidakupayaan menghentikan pembunuhan beramai-ramai di Gaza, kepada kesan perubahan iklim, kepada jurang pembangunan yang semakin melebar antara negara Global…

Read More