KLUANG – Isu pensijilan halal yang mencetuskan perang mulut antara Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh dan Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok dianggap tamat, kata Timbalan Perdana Menteri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Presiden UMNO itu berkata, beliau sendiri yang meredakan ketegangan antara kedua pihak. “Dah… dah ‘tone down’… saya telah berjumpa dengan Dr Akmal sendiri pada 14 September lalu.. dan saya juga telah memberitahu kepada Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke mengenai perkara itu. Bahkan, malam tadi saya telah keluarkan kenyataan rasmi keputusan Kabinet bahawa tidak ada kewajipan mana-mana restoran…
Read MoreDay: September 19, 2024
Malaysia kutuk serangan peranti komunikasi
PUTRAJAYA 19 Sept. – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan peranti komunikasi sebagai bahan letupan di seluruh Lubnan sejak 17 September yang telah mengorbankan sekurang-kurangnya 21 nyawa dan mencederakan 3,300 orang. Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Luar amat bimbang dengan serangan berkaitan siber ini yangbmenjejaskan keselamatan, kestabilan, dan kedaulatan Lubnan. Menurut kementerian itu, Malaysia berdiri teguh bersama Lubnan dalam krisis ini dan akan bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk meredakan ketegangan yang semakin meningkat. “Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada mangsa serta keluarga yang kehilangan orang tersayang dalam tragedi ini, serta…
Read MorePerodua AXIA menanti pengunjung kelima juta
SERDANG 19 Sept. – Hadiah kereta Perodua AXIA menanti pengunjung kelima juta Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 yang akan berakhir pada Ahad ini. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu berkata setakat semalam, MAHA 2024 mencapai sasaran kehadiran tiga juta pengunjung sejak bermula pada 11 September lalu. “Saya jangkakan jumlah pengunjung ke MAHA kali ini akan mencecah lima juta pada hujung minggu ini. “Bagi menghargai sokongan kuat daripada rakyat Malaysia ke atas MAHA 2024 ini, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan menghadiahkan sebuah kereta Perodua…
Read MoreGISBH hanya pembimbing Nur Malaysia
SEPANG 19 Sept. – – Pengusaha restoran Nur Malaysia di Jordan menafikan terbabit dalam sebarang dakwaan dan siasatan berkaitan dengan Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) ketika ini. Dalam satu kenyataan, pengurusan syarikat memaklumkan, pihaknya menyedari hal berkenaan menyebabkan berlakunya kegusaran dalam kalangan pelanggan mereka. “Pihak Nur Malaysia juga ingin menjelaskan bahawa kedudukan Nur Malaysia di Jordan merupakan sebuah Syarikat Sendirian Berhad yang didaftarkan di Jordan di bawah Kementerian Industri dan Perdagangan Jordan di atas nama Nur Malaysia Rest Co Ltd dengan nombor pendaftaran: 200163867. GISBH hanya berperanan sebagai…
Read More19 termasuk pimpinan utama GISB direman
KUALA LUMPUR 19 Sept. – Kesemua 19 invidudu termasuk pimpinan utama Global Ikhwan Service and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd., direman selama tujuh hari bermula hari ini. Permohonan reman ke atas individu berusia 25 hingga 65 tahun itu yang terdiri daripada 12 lelaki dan tujuh wanita dikemukakan di hadapan Majistret Wan Noora Nisa Ngadirin di Mahkamah Majistret, di sini. Terdahulu, Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata, 19 orang telah ditangkap dalam operasi khas Bukit Aman pukul 5.40 pagi ini. Dalam operasi itu, Ketua Pegawai Eksekutif GISB, Nasiruddin Mohd Ali dan…
Read MoreTerminal penumpang Kuala Kedah ditutup
LANGKAWI 19 Sept. – Operasi Terminal Penumpang Kuala Kedah ditutup tiga hari sehingga Sabtu ini, berikutan angin kencang dan laut bergelora, kata Pengurus Besar Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Kapten Dr Baharin Baharom. Beliau berkata semua perjalanan feri penumpang yang dijadual berlepas dari terminal dan sebaliknya, dibatalkan sepanjang tempoh sama. “Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora bagi Selat Melaka Utara sehingga 21 September, jadi operasi feri menerusi terminal itu dihentikan sementara. “Gangguan operasi feri akibat cuaca tidak menentu di perairan Selat Melaka Utara mulai…
Read MoreBerita pilihan…
PBB lulus resolusi tamat pendudukan Israel
NEW YORK – Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) secara majoriti meluluskan resolusi yang menggesa penamatan pendudukan “tidak sah” Israel dalam tempoh 12 bulan. Resolusi yang dipelopori oleh Palestin itu diluluskan dengan sokongan majoriti besar, dengan 124 negara anggota menyokong, 14 menentang dan 43 berkecuali. Resolusi ini turut disokong bersama oleh Turkiye serta lebih 50 negara anggota lain, yang menuntut pendudukan Israel ke atas Wilayah Palestin adalah tidak sah di sisi undang-undang antarabangsa, termasuk keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan Majlis Keselamatan PBB (UNSC). Di samping itu resolusi yang menyatakan…
Read More`Walkie-talkie’ pula meletup
BEIRUT, Lubnan – Selepas ‘pager’ atau alat kelui meletup yang membunuh dan mencederakan, sembilan lagi terbunuh manakala lebih 300 lagi cedera semalam selepas `walkie-talkie’ meletup di seluruh negara ini. Kejadian berlaku sehari selepas kelui yang digunakan oleh pejuang Hizbullah meletup serentak di seluruh Lubnan, mengakibatkan 12 kematian dan lebih 2,800 cedera. “Gelombang baharu `walkie-talkie’ meletup…membunuh sembilan orang dan mencederakan lebih 300 lagi,” menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Lubnan, Terdahulu sekurang -kurangnya 11 orang dilaporkan terbunuh manakala lebih 4,000 yang lain termasuk pejuang Hizbullah dan kakitangan perubatan mengalami akibat letupan alat kelui…
Read More