Apa ‘bahaya’ dimaksudkan Pan Gon

SEPANG 16 Julai – Kenyataan ‘bahaya’ oleh Kim Pan Gon semasa mengumumkan peletakan jawatan sebagaj pengendali skuad Harimau Malaya menarik perhatian Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail.

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) itu mahu mengetahui apakah dimaksudkan bahaya tersebut sehingga Pan Gon tidak boleh berkongsi perkara sebenar.

Pada sidang media khas di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini, jurulatih dari Korea Selatan itu seolah merahsiakan perkara sebenar di sebalik keputusan melepaskan jawatan sebagai pengendali skuad Harimau Malaya.

Kata Pan Gon, beliau tidak boleh berkongsi perkara sebenar kerana ia dianggap ‘bahaya’ dan ia hanya diketahui oleh Presiden FAM,  Hamidin Mohd Amin.

“Apa susah. Pergi tanya dia (Kim Pan-gon) beramai ramai apa yang dia maksudkan “dangerous”. Penyokong, Ahli politik dan pihak media.

“Tanya dia apa maksud dia “dangerous.” Nyatakan dengan lebih spesifik. Takut kena tembak? takut kena culik? Kena sepak? Terus terang!”.”@RimauXI Awak dulu pernah datang rumah saya, ada kena belasah?

Bawa carta berkenaan konspirasi dalam FAM. Tapi bila saya minta bukti, awak bagitau ini semua teori sahaja. Jadi ini semua lagi satu ciptaan konspirasi teori,” tulis Tunku Ismail. di aplikasi X akaun @RimauXI.

Related posts

Leave a Comment