Kansas saman Pfizer isu vaksin Covid-19

KANSAS: Negeri Kansas di Amerika Syarikat (AS) memfailkan saman ke atas Pfizer atas dakwaan syarikat itu mengelirukan orang ramai, menipu dan menyembunyikan risiko pengambilan vaksin Covid-19.

Kansas, menerusi penyataan difailkan di Mahkamah Daerah Thomas County, turut menuduh syarikat itu membuat dakwaan palsu mengenai tahap keberkesanan vaksin keluarannya, sekali gus menuntut ganti rugi yang jumlahnya tidak dinyatakan.

Menurut dokumen mahkamah, kenyataan palsu syarikat berpangkalan di New York itu melanggar Akta Perlindungan Pengguna Kansas.

Menurut laporan media, ia juga mendakwa Pfizer menyembunyikan bukti berhubung kaitan vaksin buatannya dengan komplikasi kehamilan, termasuk keguguran serta keradangan jantung dikenali sebagai miokarditis dan perikarditis, selepas vaksin itu dilancarkan pada 2021.

Related posts

Leave a Comment