Jangkaan Muhyiddin meleset

SEPANG 17 Jun – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri  Anwar Ibrahim mengumumkan penurunan harga telur sebanyak 3 sen.

Bagaimanapun di sebalik kenyataan itu, beliau meluahkan rasa kecewa kerana pada mulanya menjangkakan Perdana Menteri akan mengumumkan satu mekanisme komprehensif untuk menurunkan harga barang.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata, selepas penarikan balik subsidi diesel bukan harga telur meningkat tetapi barang dan perkhidmatan termasuk tambang bas sekolah juga turut menerima implikasi yang sama.

Ahli Parlimen Pagoh itu menjangkakan Perdana Menteri mahu mengumumkan  satu mekanisme komprehensif untuk menurunkan harga barang.

“Mungkin satu pakej ekonomi dan bantuan rakyat bernilai RM4 bilion yang bersamaan dengan jumlah penjimatan perbelanjaan kerajaan hasil penyasaran subsidi. Namun yang diumumkan hanyalah penurunan harga telur yang melibatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM100 juta sahaja.

Jangkaan saya meleset,” katanya katanya melalui hantaran di Facebooknya.

Sebelum ini, kerajaan telah memutuskan harga runcit telur ayam gred A, B dan C di seluruh negara diturunkan 3 sen sebiji selaras usaha mengembalikan hasil penjimatan penyasaran subsidi kepada rakyat.

Anwar dalam satu kenyataan mengumumkan harga runcit bagi telur ayam gred A, B dan C masing-masing turun kepada 42 sen, 40 sen dan 38 sen sebiji berkuat kuasa Isnin, 17 Jun 2024.

Nnn

Related posts

Leave a Comment