SEPANG 17 Jun – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan penurunan harga telur sebanyak 3 sen. Bagaimanapun di sebalik kenyataan itu, beliau meluahkan rasa kecewa kerana pada mulanya menjangkakan Perdana Menteri akan mengumumkan satu mekanisme komprehensif untuk menurunkan harga barang. Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata, selepas penarikan balik subsidi diesel bukan harga telur meningkat tetapi barang dan perkhidmatan termasuk tambang bas sekolah juga turut menerima implikasi yang sama. Ahli Parlimen Pagoh itu menjangkakan Perdana Menteri mahu mengumumkan satu mekanisme komprehensif…
Read MoreDay: June 17, 2024
Duta dalam talian tidak babit kos tambahan
PUTRAJAYA 17 Jun – Selepas dikritik pelbagai pihak, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tampil menjelaskan bahawa pelaksanaan Program Sentuhan Maya atau pasukan ‘duta dalam talian’ tidak membabitkan kos tambahan. Menterinya, Nga Kor Ming, berkata ini kerana ‘duta’ berkenaan terdiri daripada kakitangan KPKT bertujuan mempromosikan produk dan perkhidmatan kementerian itu dengan lebih baik. Beliau berkata, program itu antara lain bertujuan membina kapasiti penggunaan media sosial dan teknologi baharu dalam kalangan penjawat awam, terutama dalam era digitalisasi. Duta dalam talian atau pempengaruh (KOL) KPKT ini adalah sukarelawan kementerian yang teruja untuk…
Read MoreBerita pilihan…
Hong Kong kekal bandar paling mahal
LONDON 17 Jun – Hong Kong mengekalkan kedudukan sebagai bandar paling mahal di dunia untuk pekerja ekspatriat berdasarkan indeks global dengan diikuti Singapura dan Zurich di Switzerland. Selain Zurich, tiga bandar berikutnya terletak di Switzerland yang meliputi Geneva, Basel dan Bern manakala New York di tempat ketujuh disusuli London, United Kingdom; Nassau, Bahamas dan Los Angeles, Amerika Syarikat Menurut laporan media, London telah naik sembilan anak tangga sejak tahun lalu dan kini berada di kedudukan kelapan dalam penarafan kos sara hidup di bandar oleh Mercer bagi 2024. Faktor seperti kos…
Read MoreHarga runcit telur turun 3 sen
KUALA LUMPUR 17 Jun – Harga runcit bagi telur ayam gred A, B dan C di seluruh negara diturunkan 3 sen sebiji, masing-masing ditetapkan 42 sen, 40 sen dan 38 sen sebiji berkuat kuasa hari ini, kata Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, penurunan harga runcit itu dibuat selepas mengambil kira perkembangan semasa yang menunjukkan berlaku penurunan kos input pengeluaran telur ayam, terutama bahan asas kepada makanan haiwan berkenaan. Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, inisiatif berkenaan adalah selaras usaha kerajaan mengembalikan hasil penjimatan penyasaran subsidi kepada rakyat. “Penampungan subsidi keperluan…
Read More