PARIS: Fenomena pemanasan global dikesan berlaku dengan sangat pantas, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini, selepas ia melebihi had ditetapkan.
Mengikut kajian terkandung dalam jurnal Data Sistem Sains Bumi yang diterbitkan hari ini, purata sedekad suhu meningkat 0.26 darjah Celsius dari 2014 hingga 2023.
Dalam tempoh sama, purata suhu permukaan global mencecah 1.19 darjah Celsius, melebihi penanda aras pra-industri 1850-1900 untuk mengukur fenomena pemanasan dunia.
Ia sekali gus menandakan peningkatan daripada 1.14 darjah Celsius yang dilaporkan tahun lalu, dalam tempoh sedekad sehingga 2022.
Kajian itu kendedahkan pemanasan akibat perbuatan manusia meningkat pada kadar yang tidak pernah berlaku sebelum ini dalam rekod instrumental.
Menjelang akhir tahun lalu, aktiviti manusia mendorong peningkatan suhu 1.31 darjah Celsius melebihi paras pra-industri.
Bumi memanaskan sejumlah 1.43 darjah Celsius dengan yang didorong faktor lain berlaku secara semula jadi, termasuk mengambil kira fenomena El Nino.
Faktor lain yang turut menjadi penyumbang kepada pemanasan ialah penurunan dalam zarah pencemar tertentu di ruang atmosfera.
Menurut kajian itu, setakat ini pendorong utama pemanasan global kerana pelepasan gas rumah hijau berada pada paras tertinggi sepanjang masa.
