Bertahan tanpa makanan sepanjang hari

PARIS: Peperangan Gaza yang berterusan meletakkan rakyat Palestin terus hidup dalam keadaan mengerikan dengan kanak-kanak bertahan tanpa makanan sepanjang hari dan ribuan berkongsi tandas sama.

Menurut p kumpulan hak asasi, Oxfam, tinjauan makanan oleh agensi bantuan pada Mei mendapati 85 peratus kanak-kanak tidak makan sepanjang hari sekurang-kurangnya sekali dalam tiga hari.

Oxfam berkata lebih dua pertiga penduduk Gaza dianggarkan bersesak dalam kawasan kurang daripada satu perlima daripada wilayah yang dikepung.

“Walaupun Israel memberi jaminan sokongan penuh akan diberikan kepada orang yang melarikan diri, Gaza telah dilucutkan bantuan kemanusiaan, ketika kebuluran semakin hampir,” kata agensi bantuan itu.

Sejak tentera Israel melancarkan serangan darat mereka ke atas Rafah pada 6 Mei, purata lapan trak bantuan setiap hari telah masuk, kata Oxfam yang memetik angka PBB.

Katanya, walaupun ratusan trak makanan komersial dianggarkan masuk setiap hari, barangan tersedia termasuk minuman tenaga, coklat dan biskut yang tidak berkhasiat, dan selalunya sangat mahal.

Oxfam berkata keluarga di beberapa bahagian di selatan Gaza, seperti kawasan pantai Al-Mawasi, yang ditetapkan sebagai “zon kemanusiaan” oleh tentera Israel, sedang bertahan dengan hampir tiada perkhidmatan air atau sanitasi.

“Keadaan hidup sangat mengerikan sehinggakan di Al-Mawasi, terdapat hanya 121 tandas untuk lebih 500,000 orang atau 4,130 orang terpaksa berkongsi setiap tandas,” kata Oxfam.

Nnn

Related posts

Leave a Comment