“Tak dapat tanduk telinga dipulas”

KUALA LUMPUR 5 Jun – “Tak dapat tanduk, telinga dipulas,” kata Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin berhubung pendakwaan terbaharu terhadap anaknya hari ini. Ahli Parlimen Larut itu berkata, pendakwaan ke atas anaknya adalah siri perancangan pembunuhan karakter politik (political character assassination) yang sebenarnya ditujukan kepadanya sebagai Ketua Pembangkang. Beliau mendakwa keadaan itu terjadi setelah segala usaha Kerajaan PH-BN pimpinan Anwar Ibrahim memperalatkan pelbagai agensi kerajaan bagi mencipta naratif, persepsi serta mengada-adakan pertuduhan politik ke atas pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia termasuk dirinya gagal. “Ini merupakan taktik lapuk yang memperlihatkan kemandulan Kerajaan…

Read More

Jokowi yakin kerja di Nusantara Julai

JAKARTA 5 Jun – Presiden Indonesia, Joko Widodo yakin dapat memulakan kerja di pejabat baharu di Nusantara, Penajam Paser Utara, Kalimantan Timur pada Julai. “Insya-Allah, ia akan siap. Saya sangat optimis mengenai pejabat ini,” kata Jokowi seperti dilaporkan Biro Perhubungan Awam, Media dan Informasi Sekretariat Presiden. Beliau berkata satu-satunya keperluan yang tinggal adalah pemasangan bekalan air. Dalam lawatan kerjanya ke wilayah itu sejak Selasa, beliau melihat kemajuan pembangunan beberapa infrastruktur fasa pertama di Nusantara mencapai kira-kira 80 peratus. Jokowi juga memeriksa tapak untuk sambutan Hari Kemerdekaan ke-79 republik itu yang…

Read More

Pemandu e-hailing hina Islam disiasat

KUALA LUMPUR 5 Jun – Polis menyiasat tindakan seorang pemandu e-hailing yang mengeluarkan kenyataan menghina agama Islam dan Malaysia kepada pelancong asing melalui video berkaitan yang tular di media sosial. Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata polis sudah menerima laporan daripada seorang peniaga berusia 49 tahun yang melihat video tersebut di aplikasi TikTok semasa berada di rumahnya di Kempas Baharu, Johor Bahru, semalam. Katanya, lelaki itu mendakwa video yang dimuat naik oleh pemilik akaun Tiktok ‘Samisma_News & AATV Rakyat News’ memaparkan seorang pemandu e-hailing didakwa menghina agama Islam serta memburukkan…

Read More

“Hari ini Ismail tak tunggu saya lagi”

PUTRAJAYA 5 Jun -“Hari ini Ismail tak tunggu saya lagi. Saya kehilangan seorang pembantu yang ikhlas. Saya amat terasa kehilangan Ismail,” tulis Dr Mahathir Mohamad. Menerusi Facebooknya, bekas Perdana Menteri menyifatkan pembantunya, Ismail Manaf yang meninggal dunia hari ini sebagai seorang yang luar biasa kesetiaannya, tidak pernah tidak datang kerja dan tidak pernah cuai. Dr Mahathir berkata, Allahyarham yang setia bersamanya sejak beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 1970-an sehingga semalam, masih lagi datang bekerja. “Hari ini saya berasa sangat sedih. Saya kehilangan seorang kawan baik, pembantu dan penyokong kuat saya yang…

Read More

MPP PKR: Dr Roslan belum terima surat

SEREMBAN 5 Jun – Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun, mengesahkan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS), Datuk Dr Roslan Hussin tidak menerima sebarang surat berhubung tawaran atau pelantikannya sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR. Naib Presiden PKR itu berkata, beliau telah berjumpa Dr Roslan hari ini dan bertanyakan berkaitan pelantikan itu. “Saya sudah berjumpa dengan beliau dan bertanyakan adakah beliau ada menerima surat atau tawaran sebagai ahli MPP, beliau sendiri memberitahu tidak menerima apa-apa surat setakat ini,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Wisma Negeri…

Read More

Malaysia MADANI – Jiwa Merdeka tema Hari Kebangsaan

PUTRAJAYA 5 Jun – Logo Malaysia Madani sekali lagi dipilih sebagai logo Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2024,  kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. Beliau berkata, keputusan penggunaan semula logo itu yang digunakan tahun lepas diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini. “ ‘Malaysia MADANI – Jiwa Merdeka’ pula dipilih sebagai tema sambutan HKHM 2024,” katanya pada Majlis Pengumuman Logo dan Tema HKHM 2024 di kementeriannya di sini, hari ini. Fahmi berkata ‘Malaysia MADANI’ tunjang kemakmuran dan kemajuan negara melalui dukungan enam nilai teras utama. “Sementara ‘Jiwa Merdeka’ menzahirkan kebebasan…

Read More

UM 100 universiti terbaik dunia

KUALA LUMPUR 5 Jun – Universiti Malaya (UM) berada dalam kelompok 100 universiti terbaik dunia dengan berada di tangga 60, menunjukkan satu lonjakan berbanding di kedudukan 65 pada tahun lalu. Berdasarkan senarai yang dikeluarkan oleh Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2025, lonjakan itu disebabkan oleh penunjuk Hasil Pekerjaan dan peningkatan dalam nisbah fakulti serta pelajar antarabangsa. Menurut laporan berkenaan, Malaysia mempunyai 28 institusi pengajian tinggi yang berada dalam kedudukan berperingkat, dengan 14 sedang berusaha meningkatkan kedudukannya, lapan kekal stabil dan enam pada kedudukan yang jatuh. Ia sekali gus memberikan…

Read More

Pemanasan global sangat pantas

PARIS: Fenomena pemanasan global dikesan berlaku dengan sangat pantas, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini, selepas ia melebihi had ditetapkan. Mengikut kajian terkandung dalam jurnal Data Sistem Sains Bumi yang diterbitkan hari ini, purata sedekad suhu meningkat 0.26 darjah Celsius dari 2014 hingga 2023. Dalam tempoh sama, purata suhu permukaan global mencecah 1.19 darjah Celsius, melebihi penanda aras pra-industri 1850-1900 untuk mengukur fenomena pemanasan dunia. Ia sekali gus menandakan peningkatan daripada 1.14 darjah Celsius yang dilaporkan tahun lalu, dalam tempoh sedekad sehingga 2022. Kajian itu kendedahkan pemanasan akibat perbuatan…

Read More

Bertahan tanpa makanan sepanjang hari

PARIS: Peperangan Gaza yang berterusan meletakkan rakyat Palestin terus hidup dalam keadaan mengerikan dengan kanak-kanak bertahan tanpa makanan sepanjang hari dan ribuan berkongsi tandas sama. Menurut p kumpulan hak asasi, Oxfam, tinjauan makanan oleh agensi bantuan pada Mei mendapati 85 peratus kanak-kanak tidak makan sepanjang hari sekurang-kurangnya sekali dalam tiga hari. Oxfam berkata lebih dua pertiga penduduk Gaza dianggarkan bersesak dalam kawasan kurang daripada satu perlima daripada wilayah yang dikepung. “Walaupun Israel memberi jaminan sokongan penuh akan diberikan kepada orang yang melarikan diri, Gaza telah dilucutkan bantuan kemanusiaan, ketika kebuluran…

Read More