KAHERAH: Israel didakwa melakukan serangan udaranya semalam menyebabkan sekurang-kurangnya 35 penduduk Palestin terbunuh dan mencederakan puluhan lagi di kem pelarian Rafah di selatan Semenanjung Gaza.
Jurucakap Kementerian Kesihatan di Gaza yang dikendalikan Hamas, Ashraf Al-Qidra, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, cedera dalam serangan itu.
Manakala Israel berkata, tentera udaranya menyerang pekarangan Hamas di Rafah dan serangan itu dilakukan dengan ‘peluru sasaran tepat berdasarkan perisikan yang sahih’.
“Serangan kali ini mengorbankan ketua kakitangan Hamas untuk Tebing Barat dan seorang lagi pegawai kanan yang mendalangi serangan maut ke atas Israel.
“Pasukan Pertahanan Israel (IDF) menyedari ada laporan bahawa serangan ini menyebabkan kebakaran dan ada orang awam yang menjadi mangsa. Kami sedang menyiasat isu ini,” katanya.
Serangan dilancarkan di kawasan kejiranan Tel Al-Sultan di barat Rafah yang diiktiraf Israel sebagai zon selamat, di mana ribuan pelarian Palestin berlindung selepas melarikan diri dari kawasan timur selepas tentera Israel memulakan serangan darat sejak dua minggu lalu.
