Hari Terbuka Armada dibatalkan

SEPANG 24 April – Hari Terbuka Armada Markas Wilayah Laut 2 yang dijadualkan pada 27 dan 28 April ini di Pangkalan TLDM Sandakan dibatalkan susulan insiden nahas helikopter yang mengorbankan 10 anggota TLDM di Lumut semalam.

Menurut kenyataan Markas Pemerintahan Armada Timur, seluruh warga Markas Wilayah Laut 2 menitipkan belasungkawa dan turut berdukacita dengan nahas itu.

“Kami mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga mangsa. Kami dengan rendah diri ingin memohon maaf memaklumkan bahawa 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐓𝐞𝐫𝐛𝐮𝐤𝐚 𝐀𝐫𝐦𝐚𝐝𝐚 𝐌𝐚𝐫𝐤𝐚𝐬 𝐖𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐋𝐚𝐮𝐭 𝟐 𝐲𝐚𝐧𝐠𝐝𝐢𝐫𝐚𝐧𝐜𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝟐𝟕 & 𝟐𝟖 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 dibatalkan,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, Hari Terbuka Armada di Pangkalan TLDM Lumut yang dijadualkan pada 3 hingga 5 Mei depan turut dibatalkan.

“Seluruh #NavyPeople menzahirkan kedukaan dengan tragedi nahas helikopter yang mengorbankan 10 nyawa pegawai dan anggota TLDM. Salam takziah kepada semua keluarga mangsa yang terlibat.

Sebagai menghormati perwira TLDM yang telah pergi buat selamanya, kami dengan rasa rendah diri dan dukacita ingin memohon maaf memaklumkan bahawa 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐓𝐞𝐫𝐛𝐮𝐤𝐚 𝐀𝐫𝐦𝐚𝐝𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟒 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐫𝐚𝐧𝐜𝐚𝐧𝐠𝐩𝐚𝐝𝐚 𝟑𝟓 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟒 dibatalkan,” kata kenyataan

Related posts

Leave a Comment