Bantu bangunkan semula Gaza

SHAH ALAM 29 Mac – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, melancarkan Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza sebagai inisiatif kerajaan negeri bersama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bagi membantu membangunkan semula Gaza. Pembangunan itu akan melibatkan tiga projek pembangunan di atas tanah wakaf yang memerlukan dana berjumlah RM8.7 juta iaitu pembinaan satu blok Apartment Darul Ehsan (RM3 juta), Masjid Darul Ehsan (RM4 juta) dan Menara Tangki Air Darul Ehsan (RM1.7 juta). Baginda berkenan melancarkan tabung itu pada Majlis Perasmian Masjid & Majlis Berbuka Puasa Sultan Selangor Bersama Rakyat dan Penyampaian…

Read More