Sabah pula mahu PADU dihentikan sementara

KOTA KINABALU 25 Mac – Sabah menyertai Sarawak yang mahukan Kementerian Ekonomi menghentikan sementara pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) serta membuat penilaian semula terhadap pelaksanaan program berkenaan. Timbalan Ketua Menteri, Dr Jeffrey Kitingan, berkata beliau mengambil berat gesaan Kerajaan Persekutuan untuk pendaftaran menyeluruh sistem PADU, terutama apabila maklumat peribadi menjadi lebih penting berbanding sebelum ini. Justeru katanya, kerajaan tidak perlu mengugut rakyat dengan mengatakan jika mereka tidak mendaftar, mereka tidak akan mendapat subsidi kerana taktik berkenaan tidak dapat meyakinkan orang ramai untuk memberikan kerjasama. “Saya juga kurang selesa dengan kenyataan…

Read More

Kos projek ECRL kekal RM50.27 bilion

KUALA LUMPUR 25 Mac – Dewan Rakyat diberitahu, kos pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dari Kota Bharu sehingga ke Pelabuhan Klang sepanjang 665 kilometer (km) dan 20 stesen masih kekal pada RM50.27 bilion. Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, stesen berkenaan adalah di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor. Beliau berkata, selaku pemilik projek ECRL tertakluk kepada Akta Pengambilan Tanah (APT) 1960 bagi tanah-tanah yang terlibat dengan projek ECRL. Berdasarkan kepada APT 1960, pihak berkuasa negeri katanya, boleh mengambil mana-mana tanah yang diperlukan bagi tujuan pembangunan kepada orang awam. Menurutnya,…

Read More

7.7 juta kemas kini maklumat PADU

PUTRAJAYA 25 Mac –  Sebanyak 7.7 juta individu sudah mengemas kini maklumat dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU), setakat tengah malam tadi, peningkatan mendadak berbanding 5.4 juta yang direkodkan pada 17 Mac lalu. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dalam kenyataannya berkata, daripada jumlah pendaftaran terkini, kadar pendaftaran dalam kalangan individu berumur 18 tahun ke atas mencecah 35.1 peratus atau 21.97 juta. “Kami optimis bahawa angka ini akan terus meningkat, berpotensi mencapai atau bahkan melebihi 50 peratus menjelang tarikh akhir pada 31 Mac. Orang ramai digalakkan tidak menunggu hingga saat akhir untuk…

Read More

Subsidi tepung dialih ke Payung Rahmah

KUALA LUMPUR 25 Mac – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) tidak menamatkan subsidi tepung gandum bernilai RM40 juta sebaliknya dialihkan ke butiran perbelanjaan program Payung Rahmah membabitkan dana keseluruhan RM200 juta. Timbalan Menteri, Fuziah Salleh, berkata dana bernilai RM40 juta bagi pemberian subsidi barang itu tidak pernah dituntut, sebelum ini. “Pada Bajet 2023 ada butiran 040600 iaitu subsidi tepung gandum kegunaan am (bernilai) RM40 juta, manakala Bajet 2024, butiran ini tiada dan ditanya dalam dewan, sebelum ini. Ketika itu saya menggulung (perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024)…

Read More

Israel sekat sepenuhnya hantar bantuan

GAZA: Israel sudah menyekat sepenuhnya penghantaran bantuan di utara Gaza, iaitu kawasan merekodkan risiko kebuluran tertinggi. Demikian menurut Agensi Bantuan dan Kerja Menyelamat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi pelarian Palestin (UNRWA). “Walaupun tragedi yang berlaku ketika ini di bawah pemerhatian kami, pihak berkuasa Israel memaklumkan PBB bahawa mereka tidak akan lagi meluluskan sebarang konvoi makanan digerakkan UNRWA, Ini keterlaluan kerana dengan sengaja menghalang bantuan bagi menyelamatkan nyawa mangsa yang kebuluran akibat perbuatan manusia,” kata ketuanya, Philippe Lazzarini menerusi platform X. UNRWA tidak dapat menghantar makanan ke utara sejak 29 Januari…

Read More

Hentikan sekatan bantuan ke Gaza

KAHERAH: Israel perlu berhenti mengenakan halangan dan sekatan, agar bantuan boleh dihantar ke Gaza yang penduduknya sedang diancam kebuluran, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres. Justeru pada sidang media di Kaherah bersama Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry, semalam, Guterres mengulangi gesaannya supaya gencatan senjata dilaksanakan segera di Gaza demi kemanusiaan. Katanya, langkah itu penting untuk meringankan kesengsaraan kanak-kanak, wanita dan lelaki Palestin yang bergelut mengharungi ‘mimpi ngeri’ di semenanjung itu. “Keadaan di Gaza kini sarat dengan krisis peperangan, kebuluran, penaklukan dan kematian yang sedang membelenggu. Seluruh dunia sedar…

Read More