Lebih 30,000 rakyat Palestin terbunuh

SEMENANJUNG GAZA: Lebih 30,000 rakyat Palestin terbunuh di Gaza sejak perang meletus antara Israel dan pejuang Hamas hampir lima bulan lalu.

Pada masa yang sama, agensi bantuan memberi amaran mengenai kebuluran yang memuncak di utara Gaza..

Jurucakap kementerian kesihatan, Ashraf al-Qudra, berkata kanak-kanak meninggal dunia akibat kekurangan zat makanan, dehidarasi dan kebuluran di Hospital Al-Shifa.

Beliau turut meminta “tindakan segera” diambil organisasi antarabangsa untuk mencegah lebih banyak kematian.

Susulan keadaan yang semakin teruk di Gaza, Ketua Agensi Pembangunan Antarabangsa AS (USAID) Samantha Power berkata, Israel perlu membuka lebih banyak lintasan supaya “bantuan kemanusiaan yang amat diperlukan dapat ditingkatkan”.

“Ini adalah soal hidup dan mati,” katanya  dalam video yang disiarkan di platform media sosial X.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment