Tiada andaian Muhyiddin terlibat salah laku Spanco

MERSING 25 Feb. –  Tiada kenyataan mengandaikan Muhyiddin Yassin terbabit dalam salah laku berhubung pemberian kontrak pembekalan dan penyelenggaraan kenderaan oleh Spanco Sdn Bhd (Spanco) kepada kerajaan. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki, berkata beliau hanya membuat kenyataan umum dan tidak pernah mengaitkan bekas Perdana Menteri itu dalam kes berkenaan. Pada masa yang sama Azam turut mempersoal maksud sebenar penafian yang dibuat Muhyiddin. “Saya hanya membuat kenyataan (isu Spanco) apabila ditanya (media) sama ada beliau akan dipanggil. Saya menyatakan tidak menafikan, mahu pun tidak menolak (panggil Muhyiddin…

Read More

Bertentangan hasrat dua negara

WASHINGTON: Rancangan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, untuk pasca perang di Gaza, adalah bertentangan dengan penyelesaian dua negara bagi Israel dan Palestin. Justeru jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric mengulangi rayuan untuk gencatan senjata dilaksanakan segera, akses kemanusiaan lebih meluas, pembebasan tebusan serta-merta dan tanpa syarat.. Beliau turut menekankan gesaan Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres supaya sebarang penyelesaian mampan untuk keamanan jangka panjang, mesti dalam kerangka penyelesaian dua negara dan pendudukan ditamatkan. “Selain itu, penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka sepenuhnya, demokratik, berkongsi sempadan, berdaulat serta berdaya maju, dengan dilengkapi…

Read More

Henti pindah senjata, alat ganti ke Israel

GENEVA: Seorang pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam mengingatkan semua negara mengelak daripada memindahkan sebarang senjata atau amunisi – ataupun alat gantinya kepada Israel yang akan digunakan di Gaza. Beliau memberi amaran, tindakan seumpama itu, berkemungkinan melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan mesti dihentikan serta-merta. “Semua negara mesti memastikan undang-undang kemanusiaan antarabangsa dihormati pihak yang terbabit dalam konflik bersenjata, sebagaimana ditetapkan Konvensyen Geneva 1949 dan undang-undang lazim antarabangsa,” katanya. Menurut pakar berkenaan, penghantaran sedemikian adalah dilarang walaupun negara pengeksport itu tidak berniat untuk senjata terbabit digunakan dalam pelanggaran undang-undang – atau…

Read More