KUALA LUMPUR 6 Feb. – UMNO tidak menerima aduan atau laporan daripada Ketua Bahagian yang menuntut parti itu meninggalkan Kerajaan Perpaduan susulan keputusan Lembaga Pengampunan terhadap bekas Presidennya, Najib Razak. Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pihaknya tidak menerima aduan atau laporan secara bertulis, WhatsApp atau secara terbuka berkait perkara itu. “Tak ada satu pun yang saya terima secara bertulis, WhatsApp atau secara terbuka. Jadi tidak timbul. “Dalam perjumpaan tersebut, saya yang mempengerusikan pertemuan dengan Presiden (Zahid). Presiden bercakap dan tidak ada seorang yang mempertikaikan atau menuntut untuk…
Read MoreDay: February 6, 2024
Tiada perpecahan kepemimpinan Pas, Bersatu
KUALA TERENGGANU 6 Feb. – Tiada perpecahan kepemimpinan antara Pas dan Bersatu sebaliknya hubungan antara pimpinan tertinggi Perikatan Nasional (PN) masih utuh, kata Ketua Penerangan Bersatu, Razali Idris. “Tiada keretakan hubungan antara Abdul Hadi dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, dua pemimpin itu sering berhubungan,” katanya. Beliau berkata, Abdul Hadi agak uzur kebelakangan ini dan kurang tampil dalam media massa dan keadaan itu dikatakan menjadi modal Pakatan Harapan (PH) mendakwa berlaku keretakan dalam pimpinan PN. “Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang kerap menghadiri mesyuarat termasuk mengadakan perjumpaan dengan pimpinan tertinggi…
Read MoreHentikan sangkaan buruk – Raghad Kurdi
KUCHING 6 Feb. – Isteri kepada bekas Yang Dipertua Sarawak, Raghad Kurdi Taib, merayu kepada semua pihak terutamanya rakyat Sarawak agar dapat menghentikan tuduhan dan sangkaan buruk terhadap dirinya. Raghad berkata, beliau menyedari berita mengenai insiden suaminya, Abdul Taib Mahmud, dibawa keluar dari sebuah hospital pakar yang tersebar sejak beberapa hari lalu. “Sejak beberapa hari lalu, tersebar imej dan berita portal dalam media sosial yang mencemarkan imej dan nama baik saya sebagai isteri kepada bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak. Satu-satunya kebimbangan saya pada masa ini ialah kesejahteraan suami saya, Tun…
Read MoreBerita pilihan…
Penjara selamanya pesalah seks
SINGAPURA: Bagi melindungi masyarakat, Parlimen Singapura semalam meluluskan undang-undang yang boleh memenjarakan pesalah seks `berbahaya’ dan penjenayah ganas selama-lamanya. `Hukuman untuk Perlindungan Awam yang Dipertingkatkan’ (SEPP) itu akan terpakai kepada pesalah yang disabitkan dengan kesalahan keganasan atau seksual yang serius seperti menyebabkan kematian dengan sengaja, rogol dan seks dengan kanak-kanak bawah umur. Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Dalam Negeri, K Shanmugam memberitahu Parlimen, `dengan SEPP, boleh ada pendekatan yang lebih ditentu ukur untuk melindungi masyarakat dengan lebih baik’. Singapura mempunyai undang-undang yang ketat walaupun untuk kesalahan kecil seperti vandalisme yang…
Read More27,478 rakyat Palestin terbunuh
GAZA : Sekurang-kurangnya 27,478 rakyat Palestin terbunuh dan 66,835 lagi cedera dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober. Kementerian Kesihatan dalam kenyataan semalam berkata, kebanyakan mangsa adalah kanak-kanak dan wanita. Menurut kenyataan itu, sekurang-kurangnya 113 orang terbunuh dan 205 lagi cedera dalam serangan Israel dalam tempoh 24 jam terakhir. “Ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya dan penyelamat tidak dapat menghampiri mereka,” kata kenyataan itu. Israel melancarkan serangan maut di Semenanjung Gaza sejak serangan Hamas pada 7 Oktober yang mana Tel Aviv mengatakan hampir…
Read More