KUALA LUMPUR 28 Jan. – Video tular “Bayar sini RM100, bayar di balai RM300,” kini dalam siasatan pihak polis dan tindakan tegas akan diambil terhadap anggota yang kononnya menawarkan diskaun saman trafik kepada pasangan warga asing ketika ditahan di lokasi kejadian. Dalam satu kenyataan, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Mohd Azman Ahmad Sapri, berkata pihaknya mengesan video mengenainya yang tular di media sosial hari ini. Itu ungkapan seorang lelaki dipercayai anggota polis trafik ketika menahan sepasang warga asing yang juga pempengaruh media sosial tanpa mengetahui perbualan…
Read MoreDay: January 28, 2024
Ahli Parlimen sokong PM ketuai NACCOL
IPOH 28 Jan. – Ahli Parlimen Bukit Gantang dari Bersatu Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal yang mengisytiharkan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan diberi tanggungjawab mengetuai jawatankuasa bagi menangani harga makanan dan kos sara hidup di bawah Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL). Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, Syed Abu Hussin Hafiz yang juga bekas Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) itu akan mengepalai kluster itu bagi membantu kerajaan merangka pelan strategik bagi mengawal harga barang. “Sahabat saya, Syed Abu Hussin sama-sama ambil inisiatif ini kerana walau kita…
Read MoreBerita pilihan…
120 wartawan terbunuh di Gaza
GAZA CITY: Sejumlah 120 wartawan dibunuh tentera Israel sejak permulaan serangannya di Semenanjung Gaza pada 7 Oktober lalu, demikian menurut pejabat media Gaza semalam. Terbaru, seorang Iyad Al-Rawwagh, penyiar dan penyampai di stesen radio Al-Aqsa Voice, dibunuh Israel di kem pelarian Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza. Isnin lalu, pejabat kerajaan berkata Israel membunuh wartawan dalam usaha untuk mengaburkan naratif Palestin dan memadamkan kebenaran. Pada masa yang sama, memetik laporan Agensi Anadolu, sejak permulaan perang, Israel juga menahan kira-kira 10 wartawan yang nama mereka telah dikenal pasti. Walaupun keputusan sementara oleh…
Read MoreSebak menjelang berakhir pemerintahan
KUALA LUMPUR 28 Jan. – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, sebak sehingga menitiskan air mata ketika bertitah pada Majlis Jamuan Negara sempena tamat tempoh pemerintahan baginda, malam tadi. Dalam titah tersebut, Al-Sultan Abdullah menzahirkan rasa terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang sudi menerima kehadiran Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. “Lumrah dunia, setiap yang bermula pasti akan berakhir dan setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Justeru, sudah sampai masanya untuk saya dan Raja Permaisuri Agong mengundur diri. “Saya akan berangkat…
Read More