SEPANG 30 Dis. – Selepas dikecam pelbagai pihak berhubung kenyataan yang dianggap mencampuri hal ehwal agama Islam, Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham akhirnya tampil memohon maaf. Beliau juga menarik balik cadangannya supaya melantik pakar bukan Islam dalam Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-undang Islam yang ditubuhkan awal bulan ini. Dalam satu kenyataan, beliau mengakui tidak mengetahui bahawa jawatankuasa tersebut dibentuk oleh Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang dipengerusikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. “Oleh itu saya dengan ini menarik…
Read MoreDay: December 30, 2023
Berita pilihan…
Tiada sambutan Ambang Tahun Baharu
SHAH ALAM 30 Dis. – Kerajaan Persekutuan tidak membuat sebarang perancangan untuk mengadakan sambutan Ambang Tahun Baharu 2024, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu berkata ia sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin yang sedang ditindas kejam oleh rejim zionis Israel dan menghormati mangsa banjir di beberapa negeri. “Di peringkat kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan mungkin diadakan program sambutan yang bersesuaian dengan keadaan setempat,” katanya selepas merasmikan Perhimpunan Agung Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) di sini malam tadi. Media sebelum ini melaporkan Jabatan Kemajuan Islam…
Read MoreJumlah mangsa banjir di PPS turun
PUTRAJAYA 30 Dis. – Jumlah mangsa banjir di empat negeri yang berlindung di 70 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 malam tadi menunjukkan penurunan kepada 16,919 orang berbanding 20,036 orang di 82 PPS pada sebelah petang. Berdasarkan laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), mangsa banjir di Pahang yang berlindung di enam PPS di daerah Bera, Maran dan Temerloh berkurangan kepada 120 berbanding 214. Selain itu, jumlah mangsa yang ditempatkan di sebuah PPS yang dibuka ekoran kejadian tanah runtuh di Cameron Highlands kekal 87 orang daripada…
Read More